Dua

33 1 0
                                    



Suhaila pov

Aku kalau boleh dah taknak ingat semua memori lama yang ada dalam ingatan aku tapi tula dia tetap akan bermain dalam fikiran, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku kene buli, kene caci sebab aku hitam manis pastu lurus bendul.

"weyh suhaila, kau taknak pindah rumah ke? aku risau tengok kau duduk rumah tu sorang2, senior kau bukannya ada pun." alwa pandang aku dan kembali menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

aku mengeluh " haih tah la wei, ada ke nak terima aku jadi housemate or roommate diorang" aku mengacau teh ais yang berada di hadapan aku

"apa kata kau tanya yaya? aku dengar housemate dia ada yang dah berhenti sorang, ha mana tau kau boleh duduk ngan dia" kata alwa lagi setelah dia menghabiskan makanan dia

"ha iyela, kau dah habiskan? jom balik aku ngantuk nak tido jap pastu nak sambung buat kerja" aku menghabiskan air teh ais tersebut dan bangun bersama alwa untuk membuang sampah kemudian balik ke hostel

masuk je kedalam rumah, suasana sunyi yang aku dah biasa lalui semenjak menyambung pelajaran ku di sini, aku membuka pintu bilikku dan membuka tudung dan meletakkan segala harta benda ke atas meja dan almari.

disebabkan esok merupakan hari minggu jadi aku mengambil ubat tidur dan menelan ubat itu sebanyak 2 biji, dan menenguk air. aku baring kekatil dan memandang siling.

tidak lama kemudian air mataku mengalir tanpa aku sedari, heh cengengnya kau suhaila , depan org bukan main kuat lagi kau berlakon tapi bila sorang kau lemah!

"hahahahahahahaha" aku cuba menutup kesedihan dengan ketawa tanpa sebab tapi tiada guna, mataku mula mengantuk dan aku terus tertidur



Author pov

seorang budak perempuan berjalan ke tandas dengan keadaan dirinya yang sedang menangis dan bajunya basah kuyup. "habislah kene marah dengan ibu balik ni" kata budak perempuan itu seorang diri.

selesai dia mengeringkan bajunya seketika, dia pergi ke sebuah taman yang berada dibelakang sekolahnya, disitu dia meluangkan masa sewaktu rehat dan sebelum kelas bermula. Hidupnya tak seindah yang dia impikan , dia kehilangan ayahnya seawal usia 8 tahun dan kini umurnya 12 tahun. ibu nya terlalu sibuk bekerja dan masanya banyak dihabiskan bersama neneknya.

30 minit berlalu dan dia kembali semula ke dalam kelas. kelas riuh rendah dengan bunyi suara - suara rakan sekelasnya. dia terus sahaja ke temptnya yang berada dibelakang dan agak jauh dari rakan sekelasnya yang lain.

Baru sahaja dia mahu duduk tiba² kerusinya ditarik secara drastik

KEDEBUK!

Suhaila jatuh terduduk ke lantai, dan kedengaran riuh gelak tawa rakan sekelasnya.

"Opsss tak sengaja HAHAHAHA" Hafiz dan gengnya ketawa dan berjalan meninggalkan suhaila yang bangun dan duduk semula dan tidak menghirau kan semua rakan sekelasnya

"Kau kuat suhaila, sabar lah lagi sebulan je dan kau takkan jumpa mereka semua lagi" suhaila berbisik pada dirinya sendiri

Setelah itu cikgu memasuki kelas mereka dan memulakan pembelajaran seperti biasa.

Beberapa jam selepas itu loceng menunjukkan waktu pulang ke sekolah, jadi suhaila mengemas barang² dan terus meluru keluar dari kelas, dia sudah berjanji dengan neneknya untuk menemani neneknya menjual kuih pada petang itu.

Sampai sahaja suhaila, rumah sunyi sepi seperti tiada Penghuni, selalunya waktu begini nenek sedang menonton sinetron di television.

"assalamualaikum! Nenek su dah balik!" . Suasana sepi tanpa sebarang jawapan dari neneknya.

"Nenek! Eh mana nenek ni takkan nenek pergi dulu?" Suhaila mengerling jam yang baru menunjukkan pukul 1.50 petang.

Suhaila berjalan dan meletakkan begnya dalam bilik dan memeriksa jika neneknya berada didalam bilik, dikuak pintu bilik tetapi tiada, keadaan bilik teratur seperti selalunya

Dia berjalan ke dapur, ke halaman belakang tetapi kelibat neneknya masih tidak kelihatan. Hatinya mula berdebar.

"Ya Allah jangan la jadi apa² kat nenek" bisik suhaila, suhaila bergegas mengunci pintu rumah dan berlari mencari nenek nya ke kawasan biasa neneknya berniaga tetapi nenek nya tiada disitu, hatinya mula tidak keruan, kemudian dia bertanya kepada jiran dan rakan² neneknya jika mereka ternampak dan terjumpa neneknya tetapi mereka juga tidak mengetahui keberadaan neneknya itu.

Sedang suhaila berlari, tiba² dia terlihat org ramai berkerumum seperti melihat sesuatu, suhaila pun cuba untuk melihat apa yang terjadi

Permandangan dihadapannya membuatkan suhaila tepaku, dan terasa sesak dadanya.

"IBU! NENEK! YA ALLAH!" ibu dan neneknya sudah terbaring dengan darah memenuhi kepala dan badan mereka, suhaila meraung sambil disaksikan oleh org ramai yang berkumpul

Ada yang mengambil gambar, ada jugak yang cuba menenangkan suhaila dan ada jugak yang membuat spekulasi tentang ibu dan nenek suhaila

Kemudia kedengaran ambulans dan polis menghampiri tempat kejadian, sementara suhaila memangku kepala ibu dan nenek nya.

"Jangan tinggalkan su ibu nenek, su tiada siapa lagi disini" suhaila menangis semahunya, darah yang mengotori baju nya tidak dihiraukan

Paramedik mula membuat beberapa tindakan dan membawak kedua mangsa ke hospital, nurse yang berada didalam van tersebut menenangkan suhaila










Hai semua! Sorry late update, dah start praktikal so hanya ada masa sabtu ahad ke? Btw ada ke yang baca Cerita ni🥺 kalau ada vomment laa ye, HEHEHEHEH btw selamat menyambut bulan ramadhan semua!

Love you so muchhh muahhh🥺❤️


BTW NI RAMADHAN PUNYAAA TAK PERASAN PULAK DIA TAK DI PUBLISH EYY MAAF SEMUAA READERS! 🥺
























"Hello Si Pembuli!"Where stories live. Discover now