empat

23 1 0
                                    

Selesai sahaja kami makan, aku terus bangun untuk membayar makanan ku

"Bang saya makan bihun go-----" abg itu memotong ayat ku "ada org dh bayarkan adik punya" 

Eh siapa pula yg bayarkan untuk aku ni?
"Siapa bang bayar untuk saya?"  Aku memandang sekeliling ku jika ada org yang aku kenali tetapi hanya rakan² ku dan jugak beberapa org yang aku tidak kenal berada disitu.

"Dia tak bgtau pulak nama dia"  aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

Kami berlalu pulang semula ke kampus, esok aku kelas pagi, manakala yg lain ada yg kelas petang dan ada juga yang kelas pagi sepertiku.

Aku membuka telefon bimbit ku dan melihat jam yang baru menunjukkan pkul 8.30 malam.

Em sempat lagi ni lepak port biasa. "Korang balik dulu tau, aku nak pergi cafe jap beli teh ais"

"Ha hati² jalan tu, jangan merayap pulak terus balik"  lina menepuk bahu ku perlahan

Aku tersengih, macam tau² je minah ni. Mereka pun melambaiku dan pulang ke hostel.

Aku menuju ke arah cafe dan membeli teh ais kegemaran ku. Selepas membeli teh ais aku terus berjalan menuju ke tasik kampus terletak agak jauh sikit dari cafe.

Kebanyakan orang dating kat sini lah, aku memandang sekeliling ada yang dating dan ada yang berjogging.

Aku berjalan ke pondok biasa untuk aku duduk dan macam biasa melayan perasaan. Aku lebih suka duduk bersendirian di waktu malam, menghirup angin malam, melihat air yang tenang, seakan fikiran ku kosong dibawa angin yang berlalu.

Disebabkan harini malam minggu jadi ramai ibu bapa mengantar anak mereka pulang semula ke kampus, sungguh aku rindu keluarga ku, rindu masakan mereka, rindu gelak tawa mereka, rindu hangatnya pelukan mereka.

Aku membuka telefon bimbitku dan memainkan lagu gundah yang dinyanyikan oleh ernie zakri, entah mengapa lagu ni sangat menusuk jiwaku, aku mula menyanyi mengikut lagu tersebut.

Cinta yang kau beriku penuh rasa,
Lelah rindu juga bahagia,
Lebur hati kata²,
Dunia hancur punah retak sejuta.

Setelah aku
kau pergi meninggalkan
Terkaku ku
Dalam kegelapan

Tanpa sedar air mata ku mengalir, aku teruskan nyanyian, pandangan ku masih melekat pada air tasik yang bergelora disebabkan angin malam yang dingin.

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukum ku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Teguh agar
Jiwa tiada
Rasa

Entah mengapa aku tak mampu menyambung lagu itu, hati ini tak kuat.












Tanpa aku sedar, sekumpulan manusia sedang memerhatikan tingkah laku ku, tetapi mereka tidak mendekati ku.

























Jam menunjukkan pkul 11.30 malam, aku berjalan menuju ke hostel semula, aku mengunyah ais batu dan menghabiskan air lalu membuang plastik ke tong sampah.

Beberapa langkh aku berjalan terdengar seseorang memanggil ku, aku menoleh ke belakang "ouh yaya, ros korang Dari mana ni?"  Aku melihat amir memberi peace kepada aku, aku membalas dengan senyuman dan peace semula.

"Ouh tadi lepak kat court, ni nak balik hostel la esok kita kelas pagi kan, kau dari mana sorang² ni? Mana member² kau?"  Yaya bertanya kepada ku.

"Hello Si Pembuli!"Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu