Tiga

23 1 1
                                    

Nurse dan doktor bergegas ke dalam wad icu untuk membantu nenek dan Ibu ku, ya Allah mengapa berat sungguh ujian mu.

Aku hanya mampu menunggu diluar wad icu kerana aku tidak dibenarkan masuk. Dengan masih beruniform sekolah aku duduk termanggu menunggu ibu dan nenek ku.

"Suhaila"  terkejut aku secara tiba² seseorang memanggil nama ku, aku mendongakkan kepala ku dan memandang nya.

"Mama"  air mata ku bergenang di tubir mata, dia mak long ku, kakak kepada abah.

Tanpa membuang masa aku terus berlari dan memeluknya, aku lepaskan tangisku yang ditahan, ku luahkan segala rasa yang aku pendam.

"Maaf sebab mama lambat, mama tau su kuat, ni ami pun ada teman su, Insyaallah ibu dengan nenek selamat, kita doa yang terbaik ya su"  aku hanya mampu menangis dan mengangguk mendengar kata² maklong ku

Nurse disana hanya memberi pandangan simpati dan ada jugak memulakan gossip panas mereka, aku tidak peduli aku hanya mahu nenek dan ibu ku selamat.

4 jam kemudian

Aku masih menunggu ibu dan nenek ku, puas maklong ku mengajak untuk menjamah makan tetapi aku tidak berselera, air mata pun sudah kering kerana dibiarkan begitu sahaja

"Su mari lah makan, mama ada belikan makanan favourite su ni, air teh ais pun ada, su tak makan dari petang tadi kan"  mak long masih mengajak ku makan tapi aku hanya mengeleng.

"Su kenyang lagi mama, sebab kat sekolah tadi bawak bekal nenek masak, masakan nenek  selalu buat su kenyang sampai malam"   air mataku mula bertakung semula apabila menyebut tentang nenek

Maklong membuka mulut ingin menyatakan sesuatu tiba² pintu wad icu dibuka dan seorang doktor perempuan keluar dari wad tersebut.

"Waris puan saliza dan puan kamisah?"  Tanpa membuang masa aku terus meluru ke doktor tersebut

"Doktor macam mana ibu dan nenek sayaaa, mereka okey je kan? Saya nak jumpa mereka"  belum sempat aku memasuki wad icu tersebut, doktor itu memaut lengan ku.

Mak long terus datang pada ku dan doktor tersebut memandang maklong ku.

"Puan ada kaitan dengan keluarga waris ke?"

Maklong mengangguk "macam mana dengan mereka doktor?"

Doktor tersebut memandangku dan memberikan senyuman yang aku tidak dapat tafsirkan tetapi jantung ku mula berdetak menandakan aku tidak sedap hati

"Maafkan saya kedua² mangsa tidak dapat diselamatkan, mereka meninggal dunia kerana kekurangan darah dan cedera yang agak parah, maafkan saya sekali lagi, adik maafkan kakak ya."

Mendengar kata² doktor tersebut membuatkan lututku lemah, mata ku menjadi kabur dan semakin gelap.

Hanya suara maklong ku dan derapan tapak kaki yang aku dengar sebelum pandangan ku menjadi gelap.












"SUHAILA!"



"SUHAILA BANGUN!".

"EYLA?!"

Terus aku terjaga dengan keadaan yang berpeluh2 dan aku dikerumun dengan 3 org rakan ku, memandang sekeliling, ouh didalam bilik hostel ku.

"Eyla kau buat kitorang risau tau tak?!"

"Ye do eyla dah dua hari kitorang contact kau tak dapat"

"Kitorang jumpa ubat tido ni, kau nak bunuh diri ke gila!"

Aku tertawa sendiri melihat mereka bertanya soalan dan membebel kepada ku, mereka memandang ku pelik dan menjentik dahi ku

"Auch sakit laa isya" aku mengosok dahi ku ish berbisa betul jari perempuan ni

"Yela kau buat kerja gila ni, tido sampai 2 hari makan ubat tido macam mana kitorang tak risau ha?!"  Sha pula memarahi aku.

"Nasib baik kitorang terjumpa class mate kau pastu dia pun dah dua hari tak nampak kau, kau ni eyyy ni mesti belum makan kan"  lina pula membalas

Hahaha ye inilah geng galah pendek aku, membebel memarahi aku, berloyar buruk apatah lagi, begitu cantiknya aturan Allah hingga  aku dipertemukan dengan mereka.

Kami berlainan course tetapi tetap menjadi kawan, susah senang mereka ada sepanjang aku berada di kampus ni.

Tetapi mimpi aku masih lagi tidak hilang dari minda, mengapa ia masih bermain seperti kaset rosak dalam minda ku?

Penat aku cuba untuk redha dengan pemergian orang² yang aku sayangi tetapi mengapa begitu senang ia datang bermain dalam mimpiku

Air mataku mengalir tanpa aku sedari.

Dari riuh rendah terus sunyi bilik ku ,mereka semua terus memberikan group hug kepada ku.

"Hey korang ingat korang ringan ke, penyek badan aku yang kering ni woi hahah" aku memarahi mereka dan Cuba menolak mereka, bukannya aku tidak suka tetapi badan ku tidak ada tenaga untuk bergusti dengan mereka.

"Tkpeee kitorang suka peluk kau, okey dah² sekarang pergi mandi, pastu kita gi kampung belakang cari makan ya eyla"   isya terus bangun dan memberikan tuala kepada ku, lalu menolak aku ke bilik air

Lina dan sha mengemas katil dan barang² ku. Dan melihat banyak botol² ubat di dalam almari ku, kebanyakan botol ubat tidur yang telah kosong.

Ini adalah kali pertama mereka datang ke bilik ku, mereka agak terkejut melihat keadaan ku apabila bersama mereka sangat ceria dan peramah.

Aku tak mahu mereka melihat sisi gelap ku, yang menyedihkan dan kelam tetapi sorok macam mana pun mereka tahu juga.

Aku terus bersiap dan berjalan ke kampung belakang bersama mereka.

Mereka memimpin aku walaupun aku larang tapi mereka buat jugak, keras kepala betul aish.

Kami sampai ke kedai makan dan order seperti biasa dan teh ais tetap perlu ada walau apa jua keadaan.

Aku tergelak sendiri. Aku memandang keadaan sekeliling dan mata aku terpaku pada sekumpulan pelajar yang sedang makan.

Aku ternampak yaya, ros dan beberapa org lelaki yang kemungkinan rakan nya.

Salah seorang lelaki itu memandang ku dan aku terkaku.

Yaya turut memandang aku dan melambai
"Eh suhaila!"

Mereka semua memandang ke arah ku, lelaki itu seakam terkejut.

Pandangan tu seperti aku pernah lihat, aku pejam mata ku seketika, pening memikirkan semua yang bermain dalam fikiran ku.

Aku membuka mata dan melambai yaya dengan senyuman, makanan aku dh pun sampai jadi aku menjamah makanan ku, tanpa menghirau kan perkara yg berlaku sebentar tadi.

Aku masih mengerlingkan pandangan ku kepada lelaki tadi dan dia juga sedang memandang ku, terus aku alih kan pandangan ku pada band yang sedang jamming dia atas pentas.

Adakah itu dia?


























Orang yang pernah membuliku dahulu?





















Hi semua lagi beberapa harini nak raya ni, hanya mampu bersedih sebab tak dapat balik kampung btw sorry slow update, follow n vomment yaaa! Lots of loveee from mochieylaa💜





"Hello Si Pembuli!"Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora