KFC Seksyen 2

59 1 1
                                    

Lepas sampai rumah. Aku buka Whatsapp dan terus chat dengan Reena.

Aku hantar gambar pada Reena yang aku tangkap dari tingkat 2.

"What? U stalk me huhhh =.="

"No lahhh, i just passing by beli buku kat MPH dan bila i tengok Euphoria kat situ, i nampak someone macam kenal pulak." Aku hantar gambar buku sebagai bukti.

"Ingat i percaya ke =,= by the way buku apa tu" Reena tidak telan alasan aku. Aku rasa macam kena cop stalker dengan Reena.

"Ohh buku ni novelis favourite i tulis, belum baca. Dah habis baca nanti i cerita kat u, u suka novel juga ke?"

"Yep i like em so much but i tak beli fizikal novel. I baca dekat Wattpad je"

"Novel genre apa u selalu baca? I suka adventure, travel, pastu pasal rebel."

"I suka yang horror dengan misteri, lepastu i suka vampire dengan zombie :3 sekarang i tengah baca Vampire's Pet"

Hmm perempuan rata-rata memang suka baca cerita hantu dengan horror je ke? Tak cerita hantu mesti cerita cintan. Ewwww!

"U baca lah Vampire's Pet ni best tau!" Reena ni suruh orang yang salah baca novel genre kegemaran dia.

"Haha okey i akan baca lepas 2 buku i ni habis XD" Aku taktau bila aku akan baca tapi aku tak janji pun dengan dia.

"U free tonight :) ?" Tanya Reena

"Yeah im free, kenapa tu nak lepak ke?"

"Nak lepak KFC? Pukul 8.30"

"Okey je, jumpa sana ye"

"Ok, see u later"

Wehhhhh dia ajak lepak! Gila ahhh!
Tak sangkanyaaaaa! Aku plan nak kenal 2-3 minggu dulu baru jumpa. Ni tak sampai seminggu lagi hehehehe.

Tapi aku tak ada baju lawa-lawa untuk jumpa dia. Macam nak kena beli baju baru je ni.

Aku keluar balik dan pergi PKNS, hanya seberang pada rumah aku dan bersebelahan dengan SACC tempat Reena kerja.

PKNS ni tak pernah tak ramai. Semak betul banyak kedai kecil-kecilan kat ground floor ni. Majoriti hanya jual pakaian wanita, untuk lelaki pula hanya ada jual baju melayu. Aku jumpa satu kedai yang jual baju reject kilang, tapi design nampak menarik. Aku sebat 2 helai warna kelabu asap lengan panjang dengan hanya RM20 sahaja.

Malam tu.

Aku jalan kaki dari Sirim ke KFC. Entah berapa jauh jaraknya tapi agak penat. Rasanya dia berada di tingkat atas sebab bawah tak ada meja makan pun. Sesudah aku di tingkat atas, aku nampak ramai student disitu. Rasanya student UITM. Yela ni kan tempat mereka. Kemudian di neja bahagian tengah, kelihatan seorang gadis dengan rambut dreadlock sedang tidur, kulitnya hitam manis, di tepinya ada satu beg yang besar. Di meja hujung sekali pula ada seorang gadis yang amat comel sedang senyum dan melambai-lambai tangannya. Comelnya dia.

"Haiii u, lama tunggu? Sorry lambat sikit i tak larat jalan naik bukit tadi"

"I pun baru sampai je ni, u jalan dari rumah ke? Rumah u kat mana?"

"Rumah i depan Sirim tu je. Rumah banglo tepi jalan besar tu"

"Sirim? Kat mana Sirim?"

"Bangunan besar depan PKNS tu la, serius lah u tak tahu" Aku ketawa kecil selepas mengetahui betapa ignorance si Reena ni terhadap sekeliling.

"So u nak makan apa? I turun tolong beli sekali untuk u" aku sambung.

"Rice plate lah tapi ayam bahagian dada 1 pieces je" jawab Reena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kenapa Mesti Aku?Where stories live. Discover now