"Yelah, nanti Adam cakap"

"Kamu dengan Nia okay ke?"

Adam tersentak, ayahanda tau ke?
"Okay je...kenapa?"

"Takdelah, ayahanda tengok kamu muram je. Kot la ada masalah rumah tangga ke?" Tebakan ayahanda macam kena dekat bull's eyes. Tepat sekali sampai Adam tak terkata.

"Kalau ada masalah, bincang baik-baik. Communication is the key, son. Jangan abaikan the littlest things cause it can make the biggest change. Faham?" Dia makan garam lebih dari anaknya. Setakat muka cemberut Adam tu pun dia dah tau ada benda yang jadi tu.

"Ingat, it needs two to tango tau?" Tengku Amir kenyitkan mata mengusik. Adam tergelak, apahal la bapak aku ni? Lepas ayahanda keluar, Adam termenung di meja kerjanya sampai la PA dia ketuk pintu.

"Yes?"

"Tengku, ada guest nak jumpa without appointment. Katanya your friend"

Kawan? Kawan mana? "Takpe, suruh masuk"

"Baik tengku" PA dia tunduk hormat sebelum keluar. Beberapa minit kemudian pintu sekali lagi terbuka. Adam panggung kepala,

"Hey friend!" Lelaki tu tersenyum lebar. Muka Adam berubah. "Apa kau nak? Berani kan kau tunjuk muka kat sini lagi?"

Sengihan Ziyad buatkan hati dia panas. " Well, aku tak rasa kau akan mengamuk and throw punches at me kat sini kan? You...have reputation to look for kan?" Ziyad menyindir.

"Lebih baik kau keluar sebelum aku suruh guard heret kau" Adam memberi amaran. Ziyad hanya angkat bahu sambil duduk di kerusi depan mejanya. " Aku dengar kau kurung bini kau dalam rumah..."

"Apa masalah kau kalau aku kurung dia pun? Dia isteri aku!" Adam memandang Ziyad tajam.

"Well...takde masalah sebenarnya. Cuma.. I'm a bit curious, kau senanye takut ke Dania keluar cari aku? Sebab tu kau lock her down kat rumah?"

"Kau jangan nak cari pasal kat sini, setan! Baik kau berambus!" Mukanya merah menahan marah.

Ziyad ketawa kuat. Suka dia tengok Adam marah, umpan dia cam berjaya je? Dia angkat kedua tangan tanda menyerah.

"Okay, okay aku balik. But aku cuma nak ingatkan kau, selama mana pun kau kurung dia, hati dia masih pada aku. Dia akan cari aku balik la... Kau, tak ubah macam orang ketiga je Adam, jangan lupa tu"

Kalini Adam tak dapt menahan marah, terus dia bangun dan lepaskan sedas dua tumbukan pada muka Ziyad. Ziyad tersungkur di lantai.

"Tu sebab kau tipu pasal dia. Kau terlanjur dengan Dania? Huh, aku yang sentuh dia la!"

Hilaian ketawa Ziyad kelaur lagi. Dia nampak sungguh puas hati dengan kata-kata Adam. "Bagusla kau percaya, sebab aku takkan lepaskan Dania sampai bila-bila. Aku akan pastikan dia tinggalkan kau dan datang kat aku. Kau tunggu je Adam..."

Adam memandang saja bila Ziyad keluar. Panas di hatinya makin membara. Dania....kau silap kalau masih ada hubungan dengan jantan tu belakang aku!

______

"Kau contact dengan si Ziyad tu kat belakang aku ke?" Soal Adam yang tengah berdiri belakang Nia. Nia buat tatau sambil sibuk memasak.

"Kau pekak ke apa ha?"

Diam lagi.

"Kau ni kan..." Adam pusingkan badan dia dengan kasar. Terjatuh habis senduk yang dia pegang. "Kenapa awak ni?" Soal Nia tak tahan dengan perangai tah pape Adam.

"Oh... Ada mulut rupanya, ingat dah bisu lepas tak boleh jumpa buah hati kau kat luar tu" sinis saja Adam.

"Lepas boleh tak? Saya nak buat kerja" Nia masih kekalkan panggilan saya- awak tu sebab hormat dia masih ada. "Jawab dulu, kau call dia ke belakang aku?"

"Call apanya? Pegi la cek phone saya, cari la ada tak saya call dia. Number dia pun takde..."

"Kau bohong, boleh je kan kalau kau padam record lepas kau call dia?"

Nia julingkan mata keatas. "Dah kalau tak percaya tanya kenapa? Cam mana pun jawapan saya bukan awak nak kisah tak? Asyik ikut kepala awak je?"

"Berani kau melawan kan...." Adam hentak kaunter dapur kuat buatkan masakan yang baru Nia masak tertumpah. Habis kena tangan dia. Adam mengaduh sakit.

Nia cepat-cepat bawa nak cucur air elakkan melecur lagi teruk. Nak je dia padankan muka si Adam. Nasib pikir laki je..

Adam mengikut je masa nia taruk ubat kat tangan dia. "Kenapa..."

"Kenapa apa?"

"Kenapa kau tak keluar dari rumah ni? Kenapa kau tak lari lepas apa aku buat selama ni?" Soal Adam. Dia tertanya-tanya dan takut jugak kalau bila dia balik kerja Nia dah takde kat rumah. Tapi kalau dia jadi Nia dia pun akan lari.

"Saya tersepit...." Ujar Nia perlahan. Dia benci dengan diri sendiri. Dia nak lari tinggalkan semua tapi sebabkan dia sayangkan Adam dia stay here. Sebab cinta tu bukan baru berputik sehari dua. Sebab memang impian dia nak hidup bersama orang yang dia cinta. Tapi sampai bila? Sampai bila dia nak telan semua perkara Adam buat?

"Awak tunggu la... kalau satu hari nanti awak dah tak jumpa saya, maknanya saya dah undur diri. Jangan cari saya lagi masa tu..." Tangan Adam dibalut kemas. Dia letakkan semula ubat yang digunakan.

Adam terus peluk dia erat saat dia nak bangun dari sofa. Pergerakan terhenti. "Aku tak izinkan kau pergi selagi aku tak ceraikan kau...kau masih isteri aku."

Ciuman Adam di lehernya buatkan air mata Nia bertakung. "Layan aku kalau kau taknak sakit"

Dan Adam teruskan perlakuan yang dah Nia lali dari hari ke hari.

Tbc

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now