001 ; caught in a lie

80 16 46
                                    

new update !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

new update !

━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━

"I'm standing in front of destiny"

[ 8 January ] [ 12:35 AM ]

Kelibat dua figura yang sedang rancak berborak terlihat di segenap ruang. Walaupun hari telah bertukar gelap malam Eunji dan Helena, kawan baik yang sudah terpisah hampir setahun kerana hal pelajaran masing-masing. Berborak sakan nampaknya seperti tiada hari esok.

esok adalah esok , harini adalah harini.

Helena tersenyum sumbing sambil menongkat dagu nya dan apa yang di cerita kan oleh Eunji hanya di dengari dengan teliti. Sungguh Helena berbahagia mendengar sahabat nya itu bercerita. Apa yang lagi menyeronokkan, apabila bercerita tentang Sang Jejaka yang telah pun bertakhta di hati nurani milik Kang Eunji.

Park Jimin, nama kekasih hati yang asyik di sebut-sebut. Helena hanya mendiam kan diri nya sahaja tidak mahu mencelah kebahagian sahabat nya itu. Gadis itu tergelak kecil sebelum memandang Eunji lalu bibir nya menguntum kan segaris senyuman nipis.

"Eunji-ah dah tengah malam...aku patut balik." Ujar Helena sambil mengerling jam yang terletak elok di tangan nya.

"Alaaa~ Kau tidur lah sini dengan aku. lagipun takkan kau nak drive tengah malam ni ? Bahaya lah." Tutur Eunji dengan nada memujuk.

Helena tergelak kecil melihat telatah kebudak-budakan Eunji. Dia berfikir buat beberapa saat sebelum mengganguk kan kepala nya perlahan. Eunji begitu gembira sekali kerana mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama-sama.

"Gajja ! [ let's go ! ]" Eunji menarik lengan Helena dengan penuh keterujaan.

"Sabar weyh ! Sabar !" Nasib sahaja tangan Helena itu sedikit panjang tiada masalah bagi nya untuk mencapai beg tangan kepunyaan nya yang terletak di atas kerusi itu.

Eunji membawa Helena ke bilik tamu. Pintu bilik di buka perlahan sebelum bilik yang gelap itu di terangi dengan sedikit cahaya.

"Make yourself ! Rest well , esok bersedia je. Cerita aku tak habis lagi hehehe." Eunji tersenyum penuh makna ke arah Helena.

Helena tergelak kecil lalu memerhati pemergian sahabat nya itu. Ruangan bilik yang sedikit besar membuat kan diri nya sedikit tergamam. Ini bukan lah kali pertama dia menetap di bilik ini bahkan terdapat beberapa helai baju nya yang ditinggal kan di sini.

Once Again • 박지민Where stories live. Discover now