"Eh, kamu ni, ibu lempar juga Tupperware ni dekat kepala kamu nanti" balas ibunya.

Jungkook tergelak kecil lalu dia berjalan ke arah sofa. Sempat dia mencapai alat kawalan jauh lalu menekan suis buka.

Skrin memaparkan seorang wanita berumur dalam lingkungan awal 50-an sedang membaca berita tengah malam hari ini.

Apa yang membuatkan Jungkook tidak berhenti memandang ke arah skrin televisyen itu, ialah..

"Kenapa muka pembaca berita tu ada iras-iras dengan Kim Minjung?" itu persoalan yang bermain di minda Jungkook. Adakah dia sedang gila bayang atau apa?

Jungkook mengusap matanya lalu dia memandang sekali lagi ke arah skrin. Masih sama, wajah wanita yang membaca berita tengah malam itu, kelihatan ada iras-iras dengan wajah Minjung.

Kim Minjung POV💚

"Hyung, ibu kan kerja baca berita tengah malam hari ni, jom lah keluar, pergi makan ramen dekat 7e ke, tengok perlawanan tinju ke" kata Minjung sambil memujuk abangnya supaya dapat keluar malam ini.

"Eh, kau tu baru je balik dari sekolah, pergi tidur, esok nak kena pergi sekolah lagi" balas Seokjin sambil menolak Minjung supaya menjauhinya.

"Lagi pun, tempat perlawanan tinju tu kan baru je kena serbu dengan pihak polis, mestilah ambil masa nak cari tempat baru untuk adakan perlawanan tinju lagi" balas Seokjin. Tempat kegiatan haram, memang prosesnya begitu, bila diserbu mereka akan buat lagi beberapa minggu kemudian.

Tidak kiralah merempit, berjudi tanpa lesen, perlawanan tinju tanpa lesen, pusat-pusat hiburan tanpa lesen. Semuanya sama sahaja proses mereka. Tidak serik.

Mereka berdua serentak memandang ke arah pintu masuk rumah sebaik sahaja bunyi pintu itu terbuka.

Rupanya, ayah mereka berdua baru sahaja pulang dari tempat kerja.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" soal ayahnya yang baru sahaja pulang dari bank negara.

Sudah tentu mereka tahu ayahnya baru pulang dari situ kerana ayahnya merupakan salah seorang pegawai penting di bank negara.

"Ha, nak tidurlah ni" balas Minjung sambil menolak Seokjin supaya mendekati ayah.

"Appa, nak makan?" soal Seokjin.

"Ada makanan apa?" balas ayahnya sambil meletakkan beg kerjanya di atas sofa.

"Tadi kitorang berdua masak spaghetti bolognese" balas Seokjin.

"Jadi semua dah makanlah ni?" soal ayahnya.

Seokjin dan Minjung mengangguk laju.

"Teman appa makan, boleh?" pinta ayahnya kepada kedua-dua anaknya.

Mereka tersenyum sebelum menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan ayah mereka.

"Makanlah, kitorang teman" kata Minjung sambil menongkat dagu dan tersenyum.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Jeon Jungkook memandang ke arah Kim Minjung yang sedang curi-curi makan gula-gula sambil membuka plastik pembungkus gula dibawah laci meja itu.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now