Hwari kaku sekejap namun kakinya bergerak mengekori belakang pekerja perempuan itu.

Hwari toleh kebelakang, dengan kening yang berkerut, dia cuba meminta kasihan daripada San supaya tidak ditinggalkan dengan orang lain. Namun San hanya tersenyum sambil melambaikan tangan kanannya ke arah Hwari, tangan kirinya di dalam kocek seluar.

Selepas Hwari hilang dari pandangan, San menurunkan tangannya, senyumannya pudar dengan segera.

"Hmm, what was that look?" San berkata kepada dirinya apabila teringat ekspresi Hwari yang taknak ditinggalkan dengan orang lain.

San percayakan Hwari sepenuhnya yang dia tak akan buat kecoh ataupun larikan diri.

Namun, ekspresi tadi, dan tingkah laku Hwari tadi, membuatkan San sedar yang Hwari semakin attached dengan dirinya.

Hwari tak biasa tanpa San disisi.

Pelik, sepatutnya Hwari gembira sebab dapat jauhkan diri daripada San.

Ini mwmbuatkan San berasa resah sedikit, bagaimana kalau Hwari mula rapat dengan dia dan San dah hilang niat untuk membunuh Hwari itu?

San yang berdiri di tempat yang sama itu, sedar dia dah menghalang laluan. Dia berlalu pergi mencari baju untuk dirinya dengan membuat keputusan untuk membiarkan Hwari sendirian.

"Miss, here is the long dress section, tell me if you need anything." pekerja perempuan itu menggunakan tangannya untuk menunjuk ke arah seksyen long dress dengan sopan, lalu berlalu ke penjuru dan berdiri tegak, memberikan ruang kepada Hwari untuk mencari baju.

"Aah err emm thank y-you." Hwari membalas tergagap entah lupa cara nak bersosial sebab dia asyik teriak sana sini takpun diam membisu sebelum ni, dan hanya bercakap dengan San baru baru ini.

Pekerja perempuan itu tertawa sedikit.

"Ah sorry miss, I've never seen someone like you before. Clumsy dan selekeh." Kata-kata pekerja perempuan itu menusuk hati jiwa dan raga Hwari.

Tahu lah yang Hwari ni datang pakai sweater dengan seluar jean je, tapi janganlah perli, mana dia tahu dia kena bawa pergi tempat begini.

Hwari hanya memberikan senyuman lurus dengan keningnya berkerut, walaupun pekerja itu tak nampak sebab Hwari tengah pakai mask.

Hwari tidak mempedulikan kata kata pekerja perempuan itu tadi dan hanya berjalan menerusi gaun gaun yang panjang itu. Dia memerhatikan design setiap gaun itu namun satupun tidak menarik perhatiannya.

Maklumlah gaya pemakaian Hwari ialah jenis casual yang neat, mungkin kadang kadang nampak selekeh namun itulah yang casualnya. 

Apa saya katakan ini, saya pening sebenarnya.

Semasa Hwari pergi berjalan sehingga hampir ke hujung seksyen, pekerja perempuan itu tengah mengerutkan mukanya.

"Haish, kenapa lelaki tu suruh aku layan dia. Aku tak suka customer macam dia, selekeh, tak ada kelas. Aku lagi suka yang lelaki tadi tu." Kata pekerja perempuan itu sambil menyilangkan tangan.

Pekerja perempuan itu kemudian rasa seram sejuk, tiba-tiba ada bayang-bayang menyelubungi pekerja itu dari atas.

Ianya San.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now