forty five

2.5K 491 489
                                    


*************

"j..jungkook."

disangka mereka akan berperang, dekat belakang semua dah siap sedia untuk pertahanan. tapi taehyung buat keputusan untuk terus melangkah keluar dari tempat tersebut. sempat bahu kanannya berlaga dengan bahu kiri jungkook yang tidak beranjak.

"siapa invite jk?" bisik jin.

"a..aku. aku silap dengar, ingatkan makan makan rupanya siasatan. astu lupa lak nak delete chat. ehe.." ujar hobie sedikit ketakutan.

"aku syak dia positif covodo-19."

"kena vaksin dengan berus ni. virus bebal dia melekat macam gam gajah tiada ampun."

haih lah si hoseok punca segala ketahian ini berlaku. sekarang ni tak pasal jungkook dah tahu yang taehyung simpan perasaan dekat budak perempuan yang sama.

"lepas ni kita settle hobie genk." bisik namjoon pula, semua orang mengangguk bersetuju. hoseok pulak dah mula telan liur, takut sekejap lagi dia akan kena baham berjemaah!

"kheol."

"jungkook-ah. kau salah dengar, taehyung bergurau je tu." jimin cuba untuk memujuk dengan merangkul bahu budak lelaki tu namun jungkook langsung mengatur langkah pergi tanpa bersuara.

sebaik sahaja bayang dia betul betul hilang, jimin terus bukak lampu besar menyalakan ke seluruhan ruang bilik. semua orang terlihat masih statik membeku kejung tidak bergerak. tak boleh terima apa yang berlaku barusan.

"hmm masalah."

"siapa punca masalah? NI HA SEBELAH AKU NI." pekik jin seraya menunding jari ke arah hobie yang sudah mencebik.

"MIANHAE. aku lupa korek telinga!"

yoongi dengan namjoon dan bunyi bunyikan tulang jari seraya mengangguk antara satu sama lain. jimin pulak dah get ready nak serang guna hingus dia. jin pantas menangkap badam hoseok dengan memeluknya dari sisi.

"SERUNKKK!"

*************

suasana dalam pejabat guru sekarang sangat meriah seperti ada majlis makan makan tapi bezanya sekarang majlis maki maki. ha, kehadiran makcik makcik yang merupakan mak kepada anak murid yang buat kecoh tadi sedang berkumpul di tempat yang sama dek kerana kena panggil oleh pengetua. antara yang terlibat dah tentu areum, yeora dan jungkook.

"ei lah kamu ni! buat malu eomma je! dah cakap kan jadi orang jangan kasar sangat?! nak jadi gangster? dah hebat sangat nak bergaduh?!" puan bae memarahi areum yang tidak bersalah.

jungkook tak sanggup nak tengok, jadi dia cuma pandang lantai. dia tak boleh nak lindung areum memandangkan dia tak tahu apa yang terjadi masa tu. tambahan lagi puan jeon dekat sebelah, dia risau areum kena aim kalau mak dia memang tak suka.

"tsktsk! dia lah yang kacau yeora dulu!" puan shin memeluk anaknya yang sedang menangis seperti mangsa. mata dilirik tajam ke arah puan bae dan areum. berani betul sentuh anak kesayangan dia.

puan jeon masih tenang memerhati, tangannya bersilang pada dada. menilik wajah areum tanpa segaris senyuman. disebabkan hal macam ni akan berlaku lah dia tak suka jungkook rapat dengan budak perempuan tu. dia tak nak jungkook ada masalah bila bergaul dengan orang macam tu.

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now