O2O ⊰

5.4K 515 294
                                    

Kaki menghayun ke hadapan dan kebelakang dalam pergerakan minima sambil aku duduk di buaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki menghayun ke hadapan dan kebelakang dalam pergerakan minima sambil aku duduk di buaian. Ditangan aku terdapat satu kon ais krim yang hanya tinggal suku. Jaemin dibuaian bersebelahan hanya duduk dengan keadaan statik, langsung tidak membuat sebarang pergerakan. Ais krimnya sudah daripada tadi lenyap masuk ke dalam perutnya jadi sekarang dia hanya membuang pandangan ke sekitar taman permainan yang hanya digunakan oleh kami berdua ketika ini. Sudah jam 9 malam jadi memang masuk akal sekiranya tiada orang di sini.

"Lihat di atas. Ada buruj," katanya sambil memandang ke langit. Sebelah tangannya mengikut bentuk buruj yang diperkatakannya. Aku tidak tahu menahu apa-apa berkenaan buruj jadi aku hanya mengangguk sahaja tapi iya, ianya cantik.

"Cantik.." puji aku.

"Macam kau."

Seperti kebiasaan, aku akan mengejek semula ayat manisnya tetapi kali ini entah mengapa mendengar kata pujiannya buatkan aku malu. Dia menyengih apabila dapati percubaan ayat manisnya berjaya. Tangannya kemudian dibawa ke sisi muka aku, menyebabkan dia ketahui suhu pipi aku yang sudah memanas. Ditekup kedua belah pipi aku selepas itu.

"Kau malu? Masih? Hubungan kita sudah lebih setengah tahun.."

"M-manalah saya tahu pipi saya nak membahang!" Tangannya aku tarik menjauh dari aku.

"Membahang seolah-olah kita bercium sedangkan aku hanya puji kau padahal."

"Senyap!"

Benci Na Jaemin.

Tangan kanan aku yang disisi dicapai Jaemin lalu dia menjalinkan tangan kami. Buaian aku sedikit tertarik mendekat dengan buaiannya.

Dia dan aku saling berpandangan, bibir tidak henti daripada tersenyum. Walaupun tiada antara kami yang bercakap mengenainya, dia dengan aku tahu penyebab disebalik senyuman kegembiraan itu.

"Jieun,"

"Ya?"

"Ini mungkin terlalu awal untuk kita berdua. Bukan sekarang, bukan sedekat ini tapi untuk beberapa tahun lagi.."

Matanya meneliti ekspresi aku. Menerima senyuman yang memintanya mengatakannya sahaja, dia tersenyum segan. Aku jadinya semakin tidak sabar untuk mendengar apa ayat seterusnya.

"Berkenaan ikatan yang sah... Aku dan kau,"

Dia menunduk kepalanya sambil menahan senyum. Senyuman yang cuba menutup rasa segannya yang bercambah. Jaemin mendongak semula, mendapati reaksi gembira dari aku, dan itu langsung menambahkan keyakinannya.

"Mahu, Jieun?"

✼ •• ┈┈┈┈๑⋅⋯

1 November.

Sepertinya hari ini merupakan hari yang indah untuk memulakan kehidupan baru. Sinaran cahaya memancar terang walaupun matahari bersembunyi disebalik awan. Tidak, aku tidak dapat menangkap sebarang kicauan burung-burung berterbangan. Apa kau fikir ini cerita Disney? Dunia sebenar tidak kelihatan magikal seperti apa yang dipaparkan oleh siaran penuh imaginasi itu dan ianya satu kenyataan yang amat perit kerana aku amat mengemari Disney. Tapi apa yang mereka lakukan? Mengaburi pandangan aku tentang kehidupan yang sebenar. Teruk betul. Aku rasa dikhianati.

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now