O16

3.5K 497 339
                                    

Perjalanan pulang yang mengambil masa 40 minit ditemani kesunyian yang nyata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perjalanan pulang yang mengambil masa 40 minit ditemani kesunyian yang nyata. Mulut langsung dikunci rapat. Jaemin juga tidak melakukan sebarang cara untuk berbual dengan aku. Dia beranggapan daripada layanan dingin aku adalah disebabkan tindakannya yang meninggalkan aku bersendirian sedangkan aku tahu sesuatu yang lebih daripada itu.

"Jieun." Panggilan suaranya yang mendatar menghentikan langkah aku untuk ke rumah sebelah, rumah keluarga aku. Tanpa berpaling memandangnya, aku bersuara menanyakan apa yang dia mahukan.

"Kau marah aku sebab tinggalkan kau? Aku minta maaf.. Janji aku takkan lakukannya lagi. Maafkan aku, Jieun?" Dia kini sudah berada berhadapan, menarik kedua belah tangan aku ke dalam pegangan dengan ekspresi mukanya yang menunjukkan dia kesal dengan tindakan sebelum ini.

Ah, padahal kemarahan aku bukan 100% kerana itu.

Aku jadinya bersalah. Bersalah kerana mengetahui rahsianya yang dia masih rasa tidak selesa untuk membuka hal kepada itu. Bukan salah.. Aku. Secara tak sengaja aku dapat tahu mengenainya. Siapa suruh bekas rakan sekelasnya bermulut tempayan. Walaupun topik itu membawa kepada aku mengali lagi maklumat tentang hubungannya dahulu.

"Jangan lakukannya lagi." Melepaskan tangan aku darinya, kaki aku membawa diri ke dalam rumah, meninggalkan Jaemin berdiri di situ tanpa sebarang ucapan lagi.

Seharian aku menghuni di dalam bilik. Berbaring di atas katil sambil termenung ke siling putih yang tampak lebih suci daripada hati aku. Fikiran aku serabut sampaikan rasa nak menjerit sebab rasa ingin tahu yang sudah tiba di tahap maksimum. Disebabkan rasa geram sangat, akhirnya aku berada dengan selonggok makanan ringan yang sepatutnya untuk aku dengan Jaemin sewaktu dia datang untuk menonton Netflix. Tapi menurutnya sekarang aku kan sedang merajuk, jadi tidaklah dia datang.

Menggigit pai coklat sebesar syiling, telefon aku berbunyi memainkan ringtone dari aplikasi Kakao. Satu nama terpapar di lock screen beserta kandungan mesejnya.

JAEMIN❣️
☹️☹️

JAEMIN❣️
☹️☹️☹️

JAEMIN❣️
rindu awak

Tengoklah itu. Macam mana aku boleh tak mencair? Meraih tangan ke telefon, aku lipat kecil plastik makanan sebesar tapak tangan.

JIEUN
nadoo

JAEMIN❣️
netflix and chill?

JIEUN
just netflix.

JAEMIN❣️
☹️☹️☹️☹️

JAEMIN❣️
on my way

Dan itu caranya dia berada di dalam bilik aku pada waktu ungodly begini. 12:10 pagi. Pintu kaca yang tidak berkunci ditolak dari luar. Ada senyuman dibibirnya ketika dia menghampiri aku yang duduk di atas katil lalu tubuh aku yang lebih kecil tenggelam dalam pelukannya.

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now