O11

3.9K 576 164
                                    

Mulut aku sedikit terbuka walaupun tiada apa yang keluar sebagai jawapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulut aku sedikit terbuka walaupun tiada apa yang keluar sebagai jawapan. Aku terlalu terkejut dengan permintaannya. Jika itu dikira sebagai permintaan.. kerana ianya lebih kedengaran seperti arahan.

Tangannya aku alih dari muka aku. Aku berganjak beberapa langkah ke belakang. Anak mata bergetaran.

"Saya..."

Keliru.

Mengemam bibir, aku menunduk hanya untuk melihat kasut putih yang tersarung dikaki.

"Saya minta maaf."

Dan aku lakukan perkara yang bodoh sekali,

Aku melarikan diri.

✼ •• ┈┈┈┈๑⋅⋯

"Kau ada nampak tak Tzuyu lari dekat sini? Dia curi Kitkat aku."

..Hah, kenapa aku teringat kejadian hari itu.

"Tak nampak pula, Dahyun." Aku mengangkat muka dari menghadap buku, reaksi mukanya yang kegeraman menjadi tatapan. "Cuba cari dekat meja batu depan perpustakaan. Selalunya dia ada dekat situ."

Tanpa menunggu lama, Dahyun lantas menuju ke tempat yang diperkatakan selepas mengucapkan terima kasih. Aku mengangguk dengan gerakan lambat, mata masih mengikut pemergiannya sehingga figuranya tidak lagi kelihatan.

'Nak Kinder Beuno,' getus hati aku tetapi terus aku mengelengkan kepala dan menyambung semula pembacaan.

Sesi membaca novel tidak bertahan lama kerana beberapa minit kemudian aku mengelamun. Aku hilang kira-kira berapa lama aku termenung memikirkan tindakan tidak cerdik aku melarikan diri dari luahan Jaemin. Aku tersangatlah sedar yang aku hanya lari dari dia. Lari dari masalah aku. Kadang-kadang aku benci diri sendiri sebab lakukan perkara bodoh macam ni. Kadang-kadang ke? Sebab aku rasa selalu je aku buat perkara yang akan aku menyesal dikemudian hari.

Pabo, aku memang seorang yang pabo.

Terang-terang lagi yang aku pun suka dia tapi kenapa aku boleh lari? Sebab inilah aku kata aku pabo. Benda jelas pun bagi aku masih kabur. Aku perlu pakai cermin mata atau apa baru aku boleh nampak semua dengan jelas? Okey, itu tak lawak.

Aku tekup muka dengan kedua tangan, menahan diri daripada menjerit. Sekali lagi aku bertindak sebegini tetapi kali ini tak ada Chungha untuk halang aku daripada buat sedemikian jadi lebih baik aku–

Deringan dari telefon terlebih dahulu berbunyi sebelum sempat aku melalak melepaskan perasaan. Mengeluh, telefon aku capai untuk mengangkat panggilan tetapi membaca nama pemanggil terus buatkan aku terbatal. Tahi. Kenapa Jaemin call aku sekarang selepas dua minggu aku dengan dia saling hiraukan masing-masing?

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now