OO1

7.6K 827 511
                                    

"Masuklah! Kamu nak tumpang mandi kan?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Masuklah! Kamu nak tumpang mandi kan?"

Aku perhatikan Sunhee mengangguk sambil tersenyum. Bibir aku memaparkan senyuman kekok kepada ahjumma Na. Walaupun ahjumma ni kawan rapat omma, aku masih tak dapat biasakan diri sebab masalah komunikasi aku sucks. Tapi masuk akallah jugak sebab keluarga diorang baru je pindah rumah sebelah dan aku pula waktu tu dekat universiti di Seoul. Dia menjemput kami masuk lalu terus menuju ke arah bilik air.

"Macam mana rumah kamu tak ada air ni? Kena potong ke?" ahjumma Na pandang aku. Oh shi kenapa tanya aku.

"Tak adalah ahjumma, rasanya ada paip bocor kot. Tak tahu lagi masalah dia," aku membetulkan tali beg aku. Mulutnya membentuk huruf 'o'.

"Gunalah bilik air tu. Ahjumma ada kerja ni, kamu berdua buat je macam rumah sendiri. Macam tak biasa pulak kan." Dia senyum menampakkan kedutan-kedutan halus pada wajahnya.

"Okey, ahjumma," Sunhee buat gaya tabik manakala aku hanya tersenyum sengih disebelahnya dan memerhatikan ahjumma Na pergi ke taman belakang rumah. Dari sini aku boleh nampak tanaman pokok bunga yang banyak dan cantik melalui pintu belakang yang terbuka. Suka bertanam rupanya.

"Aku mandi dulu!"

Mata aku terus membulat. Belum sempat aku halang dia dah masuk dalam bilik air.

Tak guna. Tahu aku tak pandai bergaul tapi tinggalkan aku dulu. Dengki dengan akulah tu.

Aku duduk di ruang luas berhadapan dengan bilik air yang beralaskan karpet bulu berwarna nude. Tote beg aku letak disebelah. Aku perhatikan sekeliling. Susana yang sunyi buat aku bosan jadi aku selukkan tangan ke dalam beg untuk ambil telefon tapi malangnya aku tak jumpa. Mesti aku tertinggal dekat rumah. Aku mengeluh lalu menongkat dagu. Mereputlah aku macam ni.

Aku pandang karpet dengan lama sambil cuba fikirkan apa yang boleh aku lakukan tapi akhirnya aku tak dapat fikirkan apa-apa. Kenapalah otak lepasan sekolah ni jadi lembab sangat hari ni? Aku tak belajar penat-penat hanya untuk ni. Perlu ke aku balik rumah dulu? Pastu datang balik? Haha tak payahlah memalukan je-

Cling. Bunyi gelas berlanggar dengan kabinet dapur kedengaran dan kemudiannya bunyi tapak kaki berjalan menghampiri aku. Oh oh oh siapa pulak tu- aku tak bersedia untuk bergaul dengan sesiapa lagi ugh.

Aku dapat nampak bayangan tu menghampiri lalu dia berhenti apabila melihat kewujudan aku. Mesti dia rasa siapa minah sengal ni? Apahal duduk dekat dengan bilik air? Dia ni psiko ke? Dengan posisi yang masih menongkat dagu, aku mendongak memandangnya.

Holy cow, dan sekarang aku baru faham kenapa Sunhee berkelakuan aneh awal tadi!

"Siapa..?" dia sengetkan kepala dan pandang aku dengan keliru. Secara refleks aku tersenyum kekok dan duduk dengan tegak.

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now