"Boleh omma. Omma telefon je Eun." Puan Jeon mengangguk lalu memeluk ringkas Eunha.

"Pergi panggil pahlawan-pahlawan kita tu." kata Puan Jeon menyebabkan Euhna tertawa kecil kemudian mengangguk. Dia pun berlalu ke ruang tamu untuk memanggil Jungkook dan Tuan Jeon.

.

.

.

.

.

◌⑅●♡⋆♡ OUR ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ SECRET ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ RELATIONSHIP ♡⋆♡●⑅◌

.

.

.

.

.

Seperti yang dijanjikan, semua member Gfriend sedang berada di ruang tamu rumah Eunha sambil melihat kagum akan ruang dalam rumah Eunha itu.

"Unnie, ini betul-betul rumah unnie?" soal SinB tidak percaya.

"Jadi rumah siapa SinB?" soal Umji memutarkan biji matanya.

"Haha. Korang nii. Ya, ini rumah aku dan aku dapat rumah nii setelah pindah sini."

"Tapi kenapa Eun tidak bawa macik pacik Eun sekali? Kesian Eun tinggal sendiri, mesti sunyi." Eunha tersenyum mendengar soalan Yerin itu.

'Tak sunyi pun sebab Jungkook selalu datang dan kadang aku yang pergi rumah diorang.' ujar Eunha dan hanya keluar dalam hatinya.

"Tidak jugalah sunyi sangat. Ok juga. Jomlah naik ke tingkat atas. Aku ada tiga bilik je, jadi kita kongsi dua orang dalam satu bilik." kata Eunha sambil berjalan menaiki tangga diikuti member lain sambil membawa barang masing-masing.

"Ok lah. Janji ada bilik dan tempat tidur." kata Sowon.

"Jadi siapa yang mahu tidur sama-sama dengan aku?" soal Eunha.

"Unnie, aku mau." kata SinB sambil bergerak mendekati Eunha yang berdiri di hadapan pintu biliknya itu.

"Ay, SinB. Teruja kau aku tengok." kata Yerin.

"Ya, kalau dah bahagian ruang tamu dan dapur cantik, apa lagi dalam biliknya. Mesti lagi cantik." ucap SinB. Mereka semua hanya tersenyum.

Eunha membuka pintu biliknya dan yang lain semua sibuk masuk ke dalam untuk melihat bilik Eunha.

"Kan, SinB dah kata." kata SinB bangga sambil matanya meliar memandang sekeliling bilik.

"Ish, semua bilik sama je lah. Cuma bilik Eun lagi expensive sikit." kata Eunha lalu terkekek. Mereka yang lain juga tertawa.

Setelah beberapa jam berehat di bilik masing-masing, Eunha turun ke dapur untuk memasak setelah SinB memberitahunya bahawa dirinya sedang lapar.

Eunha tidak mahu menyediakan makanan dan menyuruh SinB memasak sendiri saja. Tapi ayat SinB berjaya memaksa Eunha untuk turun ke dapur juga. 'Unnie, aku ini tetamu unnie. Sanggup unnie menyuruh tetamu sendiri memasak makanan sendiri? Mana tanggupjawab unnie sebagai tuan rumah?' dengan langkah longlai dan merutuki SinB, Eunha bangun dari tilam empuknya dan turun untuk ke dapur.

"Eo, unnie? Sejak bila lagi unnie di sini?" soal Eunha apabila melihat Sowon sedang duduk di meja makan.

"Oh, Eunha. Baru saja unnie di sini. Ingat nak masak makanan untuk kita, tapi unnie tak tahu nak masak apa. Jadi unnie cari dalam telefon dulu. Tengok-tengok, makanan apa yang sesuai untuk kita malam ini." panjang lebar Sowon berkata dengan matanya masih menatap skrin telefon dan tanpa sedar Eunha sudah duduk di sebelahnya.

[hiatus] Our Secret RelationshipWhere stories live. Discover now