"eo?"

lampu berbentuk hati itu diraih, kening areum berkerut bingung, "siapa pulak letak atas ni?"

dia mengambil lampu yang tersorok di balik tindihan buku yang tinggi. areum membelek belek dengan riak cemberut, dia rasa dia tak pernah beli pun benda ni.

"noona nak aiskrim tak?! oh tak nak?! arraseo aku abiskan tau bye!"

"yah kyung!"

"alaaaaaa," kyung terus merungut, dia fikir areum tak kasi dia makan aiskrim tu. tak sempat dia nak larikan diri.

"em. lampu ni kau punya ke?"

"eh? itu jungkook yang kasi, aku lupa pulak nak bagitahu kau, aku fikir kau dah tahu. ala masatu.. yang dia nak tumpang toilet tu. ha, dia bagi tu lah. katanya nak menerangi gelap bae areum."

areum terus tertawa halus, "ah gurae? arraseo. dah berambus sana."

"ececehhh sengih sengih suka lah tu."

"berambus sebelum aku lempar lampu ni kena kepala kau."

"aiskrim kau?"

"ambik jelah. tutup pintu tu."

"ARRASEO!" kyung excited jadi dia terus mendengar arahan dengan berambus sepantas mungkin tanpa menutup pintu.

"poohkeymark."

***********

mereka berdua terlihat sangat janggal sekarang, sejujurnya jungkook tak tahu nak cakap apa. sekarang dorang dekat tengah padang, nak pastikan semua track clear. apabila areum membelakangi dia, budak lelaki tu ke depan ke belakang ke depan ke belakang tapi akhirnya mengundur dengan laju apabila buat cubaan untuk menegur.

kuku diketap pada hujung bibir, takut.

"ha jungkook, line macam mana?" soal bomi saem seraya bercekak pinggang, kepenatan.

"okay je saem."

"saya pergi check line putih." ujar areum dan terus melaksanakan tugas. bomi saem mengukir sengihan bangga, tapi senyuman dia mati apabila menoleh ke arah jungkook.

"ha pergi lah ikut areum tu. dah lah track ni jauh."

"ish tak nak lah saem. malu ah."

"haih ada ada je. ha saem nak masuk ni ada kelas, korang berdua settle lah apa yang patut."

"nae!"

jungkook melepaskan keluhan berat, file ditangannya diayun ayun. memerhatikan areum dari jauh, sekarang budak perempuan tu dah dekat nun seberang sana. jungkook mengukir senyuman sendirian, angau balik dah. air liur yang hampir meleleh dia kesip.

"hmm dari jauh pun tetap cantik." ujarnya perlahan. ceh kemain puji. nak tegur kecut.

bukan apa jungkook risau kalau areum marah pasal dia halau tu.

well kena lah jaga personaliti depan crush. tak kan lah dia nak marah perempuan lain depan crush kot? hilang ah macho, buatnya areum tak suka lelaki yang baran macam tu? ha melepas ah jk. wanita ni kaum yang lemah kita kena protect. tapi kalau spesis yeora tu memang lain ah cite dia.

"ohh buat buat tak kisah eh.." areum tersengih jahat, dia terus terbaring pada rumput. drama sikit nak tengok macam mana reaksi jungkook.

sementara budak lelaki yang tengah fokus menilik dari jauh tu ternampak susuk tubuh budak perempuan tu dah rebah. APA LAGI, larian pecut jeon jungkook seperti di dalam track kini menyergah tubuh areum. sempat file tu dia lempar jauh disebabkan terkejut punya pasal. file dulu baik orangnya.

"yah! bae areum!!"

pipi kiri dan kanan ditampar perlahan sebaik sahaja mendapatkannya. nafas dah berombak kuat, tercungap cungap jungkook jadinya. jantung dia berdegup kencang bila tengok areum terpejam rapat macam tu. risau!

"yah! jangan lah pergi dulu! aku tak sempat kahwin lagi dengan kau! aku tak sempat nak lamar kau! aku.. aku nak ada anak dengan kau.. mesti comel! aku.. aku banyak benda lagi nak buat dengan kau.. tsk.. kajima."

areum masih tak bagi maklum balas, tenang betul dia berlakon walaupun ayat jungkook dah hampir buat dia tersembur gelak.

"bae areum..." jungkook mendekatkan pipinya pada hidung gadis itu sejarak, dia dapat rasa deruan nafas hangat tu. ceh padahal boleh je guna jari.

"bAA!"

"kAMCHAGIYA!"

jungkook tersentak ke belakang bagai ada renjatan yang barusan menyucuk dia. areum pulak dah tergelak puas. kelakar bila tengok reaksi jungkook tadi, buruk gila muka.

sedangkan budak lelaki tu dah nak nangis tapi dia tahan sebab terharu yang areum tak ada apa apa.

"y..yah! jangan lah buat benda macam ni tak kelakar tahu tak! hmmph!"

"sebab kau tak nak.. cakap dengan aku lagi." ujar areum perlahan seraya bangun dari baringnya, duduk berpeluk lutut menghadap jungkook.

"t..tak.. bukan macam tu.."

"mian. sebab sakitkan hati kau. tapi kalau kau marah pun aku faham, sebab.. aku layan kau kasar sebelum ni." sambungnya lagi dengan nada yang tenang.

jungkook mengetap bibirnya, hujung baju dia pusing pusing pada jari. tak tahu nak jelaskan bermula dari mana.

"aniya.. aku pernah kata.. aku percaya bae areum."

gadis itu tertawa, "aku rasa sunyi sangat, mungkin sebab sebelum ni kau ada dengan aku. tapi semalam tak.."

"t..tak? maksud kau.. kau dah tak rasa sunyi lepas aku tak de? jangan cakap! tak nak dengar!" jungkook menutup kedua belah telinganya.

kedua belah tangan areum perlahan lahan naik menyentuh tangan lelaki itu sehingga jauh dari cuping telinganya. jungkook dah telan liur, rasa gemuruh bila kulit dia bersentuhan dengan areum. tak boleh fokus.

"aniya. semalam ada benda yang teman aku, selain kau."

"b..benda? roh aku?"

"lampu."

jungkook mengetap bibirnya, menahan dari senyuman lebar terukir, "maksud kau, aku lampu tu?"

"eung. cahaya yang menerangi gelap bae areum?" gadis itu menyoal tapi mampu membuatkan jungkook rasa nak melonjak lonjak teruja. dia dah tak tahan lagi, malu sangat sampai terpaksa sorok muka dia sekejap.

"hua.. aku rindu kau. nak peluk." jungkook mendepangkan kedua belah tangan.

tanpa berkata apa apa areum mencabut rumput lalu dicampak ke arah budak lelaki tu. tapi jungkook sambut dengan hati terbuka, pada dia rumput tu ibarat kasih sayang.

tak boleh nak tahan gelak bila tengok dia ni.

"yah.."

"eoh?"

jungkook meraih tangan kanan areum, mata gadis itu sudah terkebil kebil bingung namun masih setia memerhati. jungkook meniup niup lembut sebelum bibirnya perlahan lahan jatuh mencium tangan mulus milik areum.

"maksudnya sekarang, kita dah bercinta."

______________________

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now