"gila." cemuh areum dalam diam, memaki diri sendiri.

"apa noona?"

"tak ada apa apa. makan."

"kenapa jungkook hyung tak tegur kau hari ni? lain macam lah. korang berdua bergaduh ea~" soal kyung seraya berkerut bingung, mulut penuh dengan makanan.

"diam."

taehyung yang tenang duduk di bahu sofa cuma memerhati dari jauh. dia tak nak dekat dengan areum sebab takut jungkook makin merajuk tapi dia sakit hati bila tengok jungkook mesra dengan perempuan lain berbanding gadis yang disukainya sendiri.

"test test. ehe, aterima kasih semua sebab sudi datang party kecil kecilan ni. and gomawo sebab bagi hadiah. shshs! okay so lepas korang makan kita main game tau!" ucapan ringkas dari jimin yang dah tersengih sengih gembira.

kyung dah balik awal disebabkan dia ada kerja sekolah yang bertimbun, tapi bila areum pun dah nak bertolak balik sempat tangannya ditahan oleh jungkook di muka pintu.

perit liur ditelan, sentuhan dari jungkook jarang tak buat dia terpaku untuk beberapa saat.

cepat cepat jungkook lepaskan tangan budak perempuan tu. belakang tengkuknya digaru.

"eoh?"

"game."

"huh?"

jungkook menunding ke arah jimin yang sudah melambai lambai suruh masuk balik. mereka cuma nak areum untuk join party tu lebih lama dan main game. tapi areum enggan sebab dia rasa janggal dan ada raehee.

"aku ada hal. mian."

jungkook tak tahu nak buat apa. dia cuma membeku dan matanya membiarkan areum pergi.

kali ini tangannya dipaut kemas oleh lelaki lain, sudah tentu kim taehyung. tapi pegangannya tidak dilepaskan walaupun areum sudah menoleh. jungkook sempat mengguling bola mata sebal sebelum dia masuk ke ruang tamu.

"jangan balik dulu, semua panggil."

"gwaenchana, aku.. betul betul ada hal."

hidungnya dicuit, "yah kalau kau pinocchio mesti hidung kau dah panjang sebab selalu sangat menipu. arra?"

akhirnya pujukan taehyung berhasil, gadis itu berjalan masuk semula tetapi dia menyorok di belakang taehyung seperti berlindung dek kerana segan melampau. sementara yang lain dah tertawa sebab areum nampak lucu, kecuali jungkook.

mereka duduk dalam bulatan luas, raehee duduk di sebelah jungkook dan di sebelah jungkook ada areum dan di sebelah areum pula taehyung.

"okay! game kalini aku panggil caught in a lie!" kata jimin semangat tapi semua orang pandang dia krik krik.

"alo capot ah."

"wuUUUUUUU." jin dan hoseok paling support siap dengan ayunan tangan.

"okay so dekat dalam botol ni ada soalan tau. kalau botol dekat tengah tu untuk kita pilih siapa yang terkono! dan korang akan connected dengan orang kiri atau kanan SAHAJA. korang boleh pilih sendiri lah nanti masa nak jawab." jelas jimin lagi seraya menayang botol ditangannya.

"kenapa tajuk dia caught in a lie?" soal namjoon seraya berpeluk tubuh. tak faham.

"game ni korang langsung tak boleh menipu! kalau korang menipu, mungkin korang akan dihantui~" kata jimin kemudian acacah seram kan suara dia.

tapi tak ada sesiapa yang takut kecuali hoseok. lelaki tu dah peluk lengan yoongi yang dah tayang muka redho.

"okay let's start!"

pusingan pertama picu botol menghala ke arah taehyung, dan soalan pertama dikeluarkan oleh jimin. jin sebagai pembantu kanan tolong budak jari pendek tu keluarkan soalan sebab lambert sangat.

"okay, antara kiri atau kanan. kau kena katakan sesuatu dekat dia yang dia tak tahu dan kau tak pernah bagitahu. ashila." kata jin dengan jelas.

di sebelah kanan taehyung sekarang areum dan kirinya yoongi. jadi dia memilih untuk memandang areum, senyuman menggoda diukir.

"kau cantik."

"wOOOOO!!" riuh suasana manusia manusia dalam rumah tu sebaik sahaja pujian diluahkan. jungkook pulak buat muka tak kisah.

"okay lagi lagi! amacam best je!" kata hoseok dengan suara lantangnya, teringin nak kena puji dengan yoongi memandangkan dorang sebelah sebelah. heh muka yoongi nak puji engko? memang lambert lah.

"okay next, jungkook!"

"antara kiri atau kanan. soalan, sekiranya kalian bercinta apa perkara pertama yang kau akan buat untuk dia?"

semua dah buat muka tak sabar, confirm jungkook nak pilih areum untuk jawab.

tapi semua orang terdiam membisu apabila budak lelaki tu menoleh ke arah raehee dengan senyuman kecil.

"aku akan pegang tangan kau, dan cium."

"....."

mulut semua orang terkunci dengan nada manis jungkook yang menggoda diucap straight ke arah raehee yang sudah tidak keruan. seperti dipanah. taehyung memandang areum yang cuma membisu, bawah bibir gadis itu ketap kuat. kepala menunduk ke lantai.

"b..bAIKLAH. kita akan ke manusia seterusnya, akenapa botol ni asyik pusing belah sana? bila dia nak hadap kita?!" jerit namjoon untuk hilangkan rasa janggal.

"ha areum!"

"antara kiri atau kanan. hokey soalannya.. buat sesuatu untuk gambarkan perasaan awak terhadap dia. like tepuk pipi maksudnya alolo comel, kalau tendang maksudnya awak tak suka dia acemtu lah contoh." terang jin lebar.

taehyung atau jungkook.

areum menoleh ke arah budak lelaki yang berpakaian hitam itu.

nama diberi jeon jungkook.

mereka semua fokus, tak tahu kenapa permainan dah pergi sejauh ni. apa yang penting memang memberansangkan. namjoon dari tarik rambut jin. hoseok masih setia memeluk yoongi dan jimin dah ketip kuku kuat, cuma taehyung jadi dua kali lebih fokus walaupun yang lain rasa berdebar.

areum mendekatkan dirinya sejarak dari jungkook lalu mencium lembut bibir lelaki itu sekilas. bukan setakat jungkook yang terkejut malahan semua orang dalam rumah dah tak tentu arah seperti beruk terlepas. menahan suara dari terletus sebelum areum menyambung ayatnya dengan tenang.

"kalau macam ni maksudnya.. aku suka kau?"

__________________________

.

Milk Tea + jjkOnde histórias criam vida. Descubra agora