jeymean
▸ areum!! nanti datang
tau birthday party!! ajak
kyung sekali sebab jin
hyung teringin nak jumpa
dia acewah

milktea
▸ kyung je kot, wakil

jeymean
▸ ASAL LAK

▸ ALA DATANG LAH

▸ NANTI JK SENDU

milktea
▸ hm?

jeymean
▸ ish datang jelah tau

▸ kalau tak datang...
nak merajuk! 😤

▸ befday ni benda yang
tak boleh buat dua kali,
kena tunggu next year

milktea
▸ em.. arraseo

jeymean
▸ okay paipai •3•

**********

kyung dan areum bersiap siap untuk ke majlis hari jadi park jimin. tapi entah kenapa langkah kaki terasa berat semacam. areum tak sanggup nak bertembung dengan jungkook lagi sejak dia sendiri yang buat keputusan untuk lukakan hati budak lelaki tu demi kawan baik dia.

tapi sekarang, dia sendiri rasa sakit bila tengok jungkook bersama dengan perempuan lain.

"noona? kau okay tak?"

"e..eoh. kaja."

sementara di rumah jimin, yang lain sibuk mempersiapkan rumah dengan hiasan dan makanan. yoongi menaiki tangga untuk menggantung belon 'happy birthday' berserta muka jimin yang besar namampus dia order dekat mana lah natang ni. nak tak nak yoongi tayang muka redho pasang benda tu.

"yAH HAJIMA! aku sebarkan gas dekat muka korang tahu lah!" jerit si abang suwek seraya berpeluk pada tangga apabila hoseok dan namjoon dengki dengan menggoyangkannya sekuat hati.

"HAHAHA amik gambar dia cepat burowk gila muka dia! boleh buat sticker!"

jin dengan pakaian chefnya menghidang lauk pauk di atas meja dan dibantu oleh jimin si tuan rumah. mereka tergelak bangga dengan hasil yang dipersembahkan.

"lauk pun handsome ikut tuan. Ha Ha Ha."

jungkook pulak dengan bibirnya yang menjuih sedikit fokus bermain dengan guli yang dia jumpa dekat sebelah sofa rumah si pendek tu.

"kook buat apa tu?" taehyung melabuhkan punggung disebelah. tapi soalan tak dijawab, lelaki tu faham yang jungkook mesti tengah marah pasal kes hari tu.

dia mencebik sedih apabila budak lelaki tu tak layan. nak peluk tapi takut jungkook mengamuk, nanti rosak pulak majlis jadi taehyung buat keputusan untuk bantu yoongi yang berada dalam kesulitan dibuli berjemaah.

tepat jam 8 malam. ramai hadir memeriahkan lagi suasana. si penyambut tetamu sudah tentu si jimin, bukan setakat menyambut tetamu malah menyambut hadiah dekat depan pintu. kemain.

"eoh raehee!" panggil jungkook dengan senyuman lebar, tapi areum yang menoleh. dia bukan tertarik disebabkan nama yang disebut tapi disebabkan 'suara' yang dia dah biasa dengar.

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now