"Come, sit here." Stuart menggamit Robin dengan menepuk beberapa kali tempat duduk kosong disebelahnya.

Teragak-agak Robin untuk mendekati lelaki kacak itu tapi diturutkan juga. Robin melabuhkan punggungnya disebelah Stuart, ditinggalkan jarak yang agak besar antara mereka berdua. Sekejap Robin pandang ruang di antara mereka, sekejap Robin memandang Stuart, sekejap memandang tasik. Gugup.

Secara tiba-tiba, telinga Robin menangkap tawa macho seseorang.

"Relax, Robin. I won't do anything bad to you." Robin hanya tersengih kekok.

Robin tahu Stuart tak akan buat benda yang tak baik ke atas dirinya. Dia cuma gugup kerana masih tidak membiasakan diri dengan seorang lelaki. Apatah lelaki yang kacak.

Mereka berdua diam sahaja, menikmati bunyi air terjun yang mengalir, bunyi burung berkicauan, bunyi cengkerik dan banyak haiwan yang berbunyi pada pagi itu. Udara nyaman memasuki rongga hidung mereka. Segar tidak seperti di bandar, berasap.

"So how was your last week?" Soalnya, memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Good." Robin memberi senyuman sekilas ke arah Stuart.

"What are you gonna do this holiday week?" Robin tersenyum suka. Tidak sangka Stuart akan memberinya tambahan cuti seminggu selepas seminggu dia bercuti. Pada mulanya, dia enggan menerima cuti itu sebab risau jikalau di pejabat sana tiada siapa yang jaga. Tanggungjawabnya.

Then, he said my men took care of it. So don't worry.

Jadi Robin hanya mengikut sahaja cadangan Stuart. Dalam diam, dia juga turut berterima kasih kepada Stuart kerana bolehlah dia dapat bermanja dengan tok su lebih lama.

"Tak tahu. Mungkin saya akan melawat rumah pokok saya dekat belakang sana, ziarah kawan dan banyak lagi." Terangnya ringkas sambil menghayun kakinya kebelakang dan kehadapan berulang kali.

Kakinya yang menghayun itu terhenti.

"Why?" Stuart turut sedar kaki yang menghayun itu berhenti secara mengejut.

Robin diam.

"Why dolce cuore?" Kali ini Stuart mendekati Robin yang kejung itu. Stuart ke hadapan sedikit dan terlihat wajah terkejut Robin.

"Hari lahir awak esoklah!" Robin menjerit sedikit kuat seakan dia baru teringat sesuatu yang penting. Stuart meraup wajahnya lalu tersenyum nipis. Wajahnya lega mendengar kenyataan Robin.

"You scare me." Kepala Robin menoleh ke sebeleh lalu dia tersengih.

"Sorry." Stuart mengangguk sekali.

"Jadi awak ingat hari lahir saya. Saya sendiri dah lupa hari lahir saya esok sebab hari lahir saya tak penting bagi saya." Laju Robin menggeleng. Badannya dipusing ke kanan menghadap Stuart yang berwajah selamba itu.

"Hari lahir awak penting Stuart. Ia sebuah tarikh awak muncul di dunia, mengenali suara ibu awak buat kali pertama, bernafas di dunia buat kali pertama, menyentuh kulit ibu buat kali pertama, menghidu ibu awak buat kali pertama dan buat kali pertama hati awak berdetak perlahan di dunia selain di dalam perut ibu awak. Banyak kali pertama boleh terjadi ketika awak lahir." Jelas Robin sambil mengukir senyuman lebar.

Apabila matanya bertentang dengan mata menawan itu, senyumannya hilang. Rama-rama berada di perut mula terbang hebat. Redup pandangan itu memandangnya.

"K-kenapa awak tengok saya macam tu?" Ada tahi hidung di mukanya ke? Cepat sahaja Robin meraba mukanya. Tiada rasa habuk kecil.

"No. I'm amazed."

"By what?" Soalnya hairan.

"By you."

"Saya tapi kenapa?"

"You got beautiful talk right there." Berona merah wajahnya. Stuart mengambil nafas panjang lalu memandang sekilas ke arah tasik dan kembali memandang Robin. Rama-rama kembali mengepak laju.

"Terima kasih." Malu-malu Robin berkata.

"Kalau saya terima kasih awak, awak sudi tak?" Tersentak Robin. Laju matanya mencari sinaran jujur disebalik mata itu. Jantung Robin berdetak semakin laju. Dia nampak kejujuran itu.

Entah kenapa hidungnya dan matanya terasa panas.

"A-awak sudi ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Meminta kepastian.

"Cross my heart. The answer always be yes and always be." Robin mengalihkan pandangannya kepada sungai dihadapan. Jari jemari runcingnya bermain antara satu sama lain.

"S-saya... Saya.." Mati kutu Robin di situ. Secara mengejut, Stuart bangun dari bangku konkrit itu lalu jalan melepasi Robin. Tidak sampai beberapa tapak, Stuart berhenti sekerat jalan. Robin yang tadi mahu memberhentikan langkah Stuart terus terdiam.

Adakah lelaki itu marah dengannya kerana beri jawapan terlalu lambat? Detik hati Robin.

Stuart berpusing menghadapnya sekilas. Senyuman menggoda dilemparkan kepada Robin. Berdebar jantungnya dan makin gelabah Robin ditempat duduknya. Lelaki itu tidak marahkah?

"Take your time, tesoro. I'll wait you until you say yes." Dikenyit mata sekali. Robin terasa jantungnya dipanah, tangan meletakkan ke hati. Stuart kembali berjalan.

Stuart berhenti semula tanpa menoleh ke belakang.

"Apa lagi ni?" Gumam Robin perlahan. Selagi kehadiran lelaki itu masih dekat dengannya, selagi itu jantungnya akan berdegup kencang.

"I want my present tomorrow, dolce cuore. Saya tunggu." Ujar Stuart sebagai sebuah janji yang akan dituntut. Serentak itu Stuart terus berjalan meninggalkan Robin yang tergapai-gapai mencari nafas di bangku.

He's crazy.

Neny Robin tersenyum lebar.

Bersambung.

5 JUN 2020

Q: If I.. I repeat. IF I CAN make a book (not this book)... Would you guys buy it? only if..

I can't wait for the next chap. Spoiler alert!

Bab 47 - Stuart's birthday

Bye dan Assalamualaikum.

Bye dan Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now