Part 1

33 3 0
                                        

Dari perhentian bas, mula terdengar bunyi petir menyambar di langit dan awan hitam. Aku berlari-lari anak keluar dari teduhan perhentian bas.

Ding dong…

Pintu kaca ditolak dan kaki melangah masuk ke dalam kedai serbaneka 7-Eleven. Tanpa berlengah kaki terus menuju ke peti sejuk di hujung kerana tujuan aku ke 7-Eleven hanya ingin membeli air  vitagen satu bungkus. Sebaik sahaja aku mencapai air vitagen, langkah terus ke kaunter untuk membayar.

“4 ringgit 35 sen” kata juru jual.

Aku membuka aplikasi Touch N Go e-wallet dan skrin telefon ditunjukkan ke arahnya. Selesai saja membayar, aku duduk di kerusi yang disediakan di dalam kedai serbaneka 7-Eleven ini. Mata ku melihat ke arah luar . Hujan di luar masih lebat. 

Macam mana aku nak balik kolej ni. Desusku di dalam hati.

 Satu straw dikeluarkan dari plastik straw dan dicocok di atas lapisan aluminum air vitagen tanpa meleraikan setiap botol air vitagen. Nampak pelik, tapi aku sudah terbiasa setiap kali aku minum air kegemaran ku. 

Satu per satu botol air vitagen dihabiskan, namun hujan masih tidak berhenti.  Kebetulan pula payung di 7-Eleven sudah habis. Tunggu saja lah, lagi pun petang ini tiada kelas. Air pod dimasukan ke dalam telinga dan aplikasi Spotify dibuka. Playlist lagu Shawn Mendes dimainkan. Badan disandarkan pada kerusi dan tangan menyilang di dada.

****

“Cik … cik…”

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Cahaya lampu terang memasuki mata ku membuatkan pandangan menjadi silau. Namun satu susuk hitam menghalang cahaya memasuki mata sebaik sahaja aku membuka mata.  Wajahnya kelihatan agak kabur, mungkin aku terlalu mamai. Namun tanda nama di baju manusia ini jelas kelihatan.

‘Amir’

Kelopak mata digosok perlahan. Aku mengeliat kecil untuk membetulkan posisi badan ku. 

Aku tidur ke? Berapa lama aku tidur dekat sini? Banyak persoalan mula bermain diminda ku. 

“Cik, hujan sudah berhenti.” Katanya.

Mata teralih ke arah suara garau itu. Lelaki berbaju uniform hitam merah berdiri disebelah ku.  Rambut hadapannya basah menutupi dahi. Cermin mata bulat seperti Harry Potter yang terletak cantik di batang hidungnya kelihatan basah. Mungkin lelaki ini baru redah hujan tadi. Jam ditangan kiri dikerling. 6.50 petang. Langit kelihatan semakin gelap.

Ya Allah, Farhah lamanya kau tidur. Tak pernah kau tidur di tempat awam selama ni. Aku bangun dari tempat duduk dan terus bergegas ke pintu. Pemegang pintu ditarik. Tiba-tiba aku seperti teringat sesuatu, lalu aku menoleh kebelakang.

“Terima kasih kejutkan” ucapku lalu aku keluar dari  kedai serbaneka. Lelaki itu hanya senyum sambil kedua dua tangannya dibawa kebelakang seperti menyorokkan sesuatu. 

Ding dong…

****

Cuti semester sudah bermula. Selalunya aku akan menjadi orang terakhir yang akan pulang ke rumah kerana perjalanan dari kolej ke rumah hanya mengambil masa 15 minit. Sebelum pulang ke rumah, aku akan selesaikan semua urusan yang sepatutnya di kolej. Sebaik sahaja selesai semua urusan, aku  menempah Grabcar untuk pulang ke rumah. 

Sementara menunggu Grab, aku singgah dahulu kedai 7-Eleven berdekatan kolej untuk membeli sebungkus vitagen . Bukan tu saja niat aku ke 7-Eleven, aku tak tahu kenapa semenjak kejadian di 7-Eleven hari itu, kaki ku gatal nak jejak ke sini. 

FarhahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang