35

18 4 0
                                    

Hari pertama bermulanya sesi persekolahan. Hyeri berasa kekok kerana Sohee tidak lagi bersama mereka. Kawannya itu masih di London. Mungkin seminggu lagi akan pulang. Namun tindak-tanduk dan riak Minjeong lebih merunsingkannya.

"Hei! Apa hal lemau semacam ni? Kata baru balik kursus dengan Jared Zhang? Kenapa nampak tak bersemangat je?" tegur Hyeri.

"Memanglah. Banyak benda aku belajar," jawab Minjeong endah tak endah.

Berkerut kening Hyeri mendengar nada suara Minjeong yang lemah. Dia merenung kawanya. Dia perasan Minjeong nampak lebih matang sejak sebelum cuti sekolah lagi.

"Mana Yoongi kesayangan kau?"

Minjeong mengeluh. Dia tahu Hyeri pasti akan bertanya tentang Yoongi. Lalu dia luahkan segalanya kepada Hyeri.

"Kau ni dah kenapa lembap sangat? Kenapa kau tak cuba call Sohee? Kau tanyalah Jimin mana Yoongi!" Hyeri mengoncang bahu Minjeong.

"Aik?"

Minjeong baru teringat. Betul cakap Hyeri. Walaupun Sohee di luar negara tetapi Jimin merupakan kawan baik Yoongi. Mestilah dia tahu di mana Yoongi. Tetapi mereka tidak boleh guna telefon bimbit sesuka hati ketika di sekolah.

Telefon hanya boleh diguna pada waktu rehat ataupun selepas tamat sesi persekolahan. Semasa waktu rehat, Minjeong segera menelefon Sohee tetapi panggilannya tidak berjawab.

"Kat London sekarang tengah malam, kan? Kita hantar WhatsApp dulu. Bangun nanti dia call-lah kita." Hyeri cuba tenangkan Minjeong.

"Yalah."

Masih tiada sebarang balasan walaupun sudah habis waktu rehat. Jadi Minjeong terpaksa mngawal emosi yang tidak stabil. Dia cuba bersabar. Akhirnya dia terima balasan semasa tamat sekolah.

"Apa dia cakap?" soal Hyeri sambil menjenguk skrin telefon Minjeong.

Nombor Yoongi tak dapat dihubungi. Jimin pun sama. Cuba kau tanya Jungkook.

Minjeong membaca WhatsApp daripada Sohee. Tiba-tiba dia dibelenggu keraguan sambil menatap nombor yang Sohee beri.

"Tunggu apa lagi? Cepatlah call Jungkook!"

"Ke Yoongi sengaja mengelak dari aku? Patut ke aku terus cari dia?" tanya Minjeong sebak.

"Aduhai, dia ni! Biar betul?!! Bak sini biar aku call!"

Hyeri rasa seperti hendak tepuk muka Minjeong yang suka bersangka buruk.

Hyeri merampas telefon bimbit minjeong dan terus mendail. Telefon berdering seketika, kemudian kedengaran satu suara yang dikenali.

"Helo?"

"Jungkook!" Panggil Hyeri. Dia cam suara ini kerana pernah menjawab panggilan Jungkook ketika Yoongi tidak sihat di rumah Minjeong tempoh hari.

"Ya, saya. Siapa ni?"

"Aku ni kawan Minjeong..."

"Oh! Minjeong. Aku memang nak cari dia. Yoongi suruh aku bagi sesuatu kat dia. Tapi Yoongi tak bagi pula nombor telefon Minjeong. Aku nak call dia pun tak dapat. Jadi aku pergi jumpa koranglah. Aku nak gerak ke sekolah korang sekarang."

"Apa? Kau nak datang sini?"

Pada mulanya Hyeri ingin memarahi Jungkook kerana memotong cakapnya. Tetapi sebaik sahaja mendengar Jungkook ingin datang menemui mereka, dia segera membantah, "Tak boleh!"

Minjeong di sebelah juga menggeleng. Boleh dikatakan satu pertiga pelajar Foreign Seoul School ahli Prince JK Fans Club. Kalau Jungkook datang ke sekolah mereka, tentu kecoh jadinya. Apalagi kalau dia hendak jumpa Minjeong.

"Kenapa tak boleh?"

Masalahnya Jungkook tidak menyedari daya tarikannya.

"Kita jumpa kat Kafe Momo jelah!"

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now