12

30 4 0
                                    

Minjeong tidak perasan bagaimana Jungkook dan Jennie boleh terlepas dari pandangannya dan Yoongi.

Sepuluh minit kemudian, mereka telah pun berada di salah sebuah panggung menayangkan filem cinta Perancis. Nampaknya Jungkook dan Jennie juga memilih filem yang sama. Kebetulan mereka duduk selang tiga baris di depan. Tempat duduk Yoongi dan Minjeong memang strategik kerana membolehkan mereka memerhati Jungkook dan Jennie yang langsung tidak perasan mereka ada di situ.

"Kawan kau tu dah silap pilih filem."

Renungan licik Yoongi bersinar-sinar dalam bilik tayangan yang gelap-gelita.

"Penulis skrip ni teliti sangat cipta watak. Teknik penggambaran pun nampak hebat---" Yoongi tidak habis-habis dengan komennya tentang filem. Riaknya seperti begitu berminat tentang perfileman.

Ringan sahaja mulut Minjeong menyampuk, "Kalau macam tu, betullah pilihan dorang." 

"Tak apa. Kita terus je intai dorang."

Flem mula ditayangkan. Minjeong asyik makan bertih jagung sambil menghayati keindahan desa di luar negara. Para pelakon berdialog dalam bahasa tidak difahami. Tetap membosankan bagi Minjeong meskipun ada sari kata. Momentum filem juga agak perlahan. Dia masih tidak dapat fokus walaupun sudah 15 minit tayangan bermula.

Tiba-tiba Yoongi menyiku Minjeong sambil menuding ke arah Jungkook. Jelas kelihatan kepala Jungkook semakin lama semakin melentok. Kemudian  dia tersengguk-sengguk.

Minjeong masih tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku. Dia membuntangkan mata memerhati Jungkook di depan. Dia perasan kepala Jungkook tersengguk-sengguk. Ah! Akhirnya baru Minjeong faham. Dia menoleh memandang Yoongi menahan gelak. Akhirnya baru dia faham makna ayat Yoongi 'kawan kau tu dah silap pilih filem' tadi.

Jungkook tertidur rupanya. Jennie menepuk lengan Jungkook ketika pemuda itu tersengguk kali kedua. Terpisat-pisat Jungkook, lantas cuba fokus kembali pada tayangan. Namun tidak sampai lima minit, sekali lagi kepalanya menyenget. Kali ini Minjeong juga tidak dapat menahan gelak.

"Pfftt!" Minjeong pantas menutup mulut yang dipenuhi bertih jagung. Dia cuba menahan ketawa hingga perut pun rasa senak.

Jennie yang menggelar dirinya diva sekolah sedang menonton filem cinta bersama kekasihnya yang asyik tertidur! Jika hal ini tersebar, mesti Jennie malu bukan kepalang.

Jennie yang hilang sabar dengan perangai Jungkook menolak tubuh pemuda itu. Dia bingkas bangun lalu meninggalkan Jungkok di situ. Tanpa bertangguh Jungkook yang tengah mamai mengejarnya di belakang. Semua drama itu berlaku depan mata Minjeong!

"Mereka dah keluar tu. Kita tak ikut sekali ke?" tanya Minjeong perlahan sambil memerhati Yoongi yang mengalihkan pandangan pada filem. Kelihatannya dia mula khusyuk menonton.

Yoongi menggeleng sambil menyuap bertih jagung ke dalam mulut.

"Biarlah dorang."

"Okey."

Kali ni Minjeong lebih fokus. Barulah dia merasakan filem ini agak menarik. Dua jam berlalu begitu pantas.

"Uniknya rumah heroin. Hiasan dalam rumah berubah warna masa dia menari dengan hero dari senja sampai malam. Cantik sangat. Lagu-lagunya sedap. Mendayu-dayu!"

Mereka berjalan beriringan sambil membincangkan filem yang ditonton tadi.

"Yalah. Babak tu menggambarkan percintaan dorang yang dah masuk fasa seterusnya. Biasanya filem takkan penuh dengan dialog semata-mata. Jadi selalunya teknik warna digunakan untuk mengekspresikan isi hati awak."

Yoongi nampak teruja bila berbincang tentang filem.

"Kau ni macam faham sangat fasal filem."

Dahi Minjeong berkerut. Dia langsung tidak faham apa-apa mengenai bidang perfileman. Tetapi ada kelainan ulasan yang Yoongi berikan mengenai filem.

"Tahulah sikit-sikit."

Wajah Yoongi berubah, lantas dia mengubah topik.

"Eh, awal lagi ni. Kebetulan aku ada dua tiket diskaun funfair. Jom kita pergi."

"Hmmm, okay..."

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now