30

21 4 0
                                    

Minjeong mendail nombor telefon yang tertera pada brosur. Orang yang menjawab panggilan lantas memaklumkan tentang tarikh, waktu dan lokasi kursus apabila mendengar nama Minjeong.

"Awak datang je, tak perlu bayar. Kak Nara takkan lepaskan Encik Jared Zhang kalau dia minta bayaran dari awak.'

Minjeong terkejut dengan kata-kata itu dan dia berasa gembra. Hatinya tidak sabar menunggu hari dijanjikan.

Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Dia keluar awal hari tu, kemudian ke bandar menaiki bas menuju ke lokasi. Sebuah kedai ala muzik.

Sebenarnya Minjeong sudah lama berhajat hendak masuk kedai  ini. Instrumen di dalam seolah-olah memanggil-manggil. Namun sering kali hajatnya dibatalkan kerana sedar dia tidak berduit.

Kali ini juga Minjeong masih teragak-agak untuk masuk. Dia merayau-rayau sekitar luar kedai sambil meninjau menerusi dinding kaca. Selepas beberapa kali berbuat begitu, akhirnya dia memberanikan diri menolak pintu kaca yang berat itu.

DING! Loceng kristal yang tergantung mengeluarkan bunyi lantang dan indah. Muzik klasik berkumandang. Dia memijak karpet merah yang lembut. Telapak tangannya berpeluh. Dinding dan setiap sudut dalam kedai dipenuhi pelbagai alat muzik mahal.

Malah Minjeong terpaku memandang piano klasik berhampiran dinding kaca.

"Selamat datang. Boleh saya bantu, cik?" sapa salah seorang staf di situ.

"Ni antara koleksi bos kami. Piano ni buatan tangan dari Jerman. Adik boleh je kalau nak main. Buat masa ni bos tak nak jual," jelas staf tersebut apabila menyedari Minjeong tidak berkelip memandang piano klasik itu.

"Ah, saya... saya bukan nak beli piano. Saya datang untuk kursus piano dikendalikan Jared Zhang," ujar Minjeong menjelaskan tujuannya.

"Oh! Awak datang untuk kursus, ya? Jom ikut akak. Awal sangat awak datang ni. Lambat lagi kelas nak mula. Dua jam lagi kot. Awak boleh duduk dalam dululah. Sekejap lagi assistant dia jumpa awak."

"Baiklah. Terima kasih, kak."

Minjeong terpegun meninjau sekeliling kedai. Bahagian ini kelihatan baru. Mungkin ia baru diubah suai menjadi studio rakaman. Ada sebuah mixer di luar bilik kalis bunyi yang dipisahkan dengan dinding kaca.

Terdapat dua buah piano di dalam bilik kalis buny. Seorang lelaki lingkungan usia 20-an duduk di tepi piano sambil fokus menggesek biola. Ligat jarinya bermain.

Kaka staf tadi bergerak ke depan mixer dan menekan salah satu butang, kemudian bercakap di mikrofon, "Ada pelajar dah datang, Dino."

Lelaki itu berhenti menggesek biola sambil memandang ke arah mereka. Dia perasan kehadiran Minjeong lalu melemparkan senyuman mesra. Kemudian dia membuka pintu bilik kalis bunyi.

"Awak ni mesti Minjeong!"

"Eh?" Apa yang meresahkan dalam fikirannya tadi terus hilang bila disapa mesra lelaki tersebut.

"Apa khabar? Kita pernah sembang dalam telefon hari tu. Nama saya Dino. Salah seorang pembantu sementara Jared Zhang," ujar Dino sambil menghulur tangan.

 Salah seorang pembantu sementara Jared Zhang," ujar Dino sambil menghulur tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now