13

475 104 23
                                    

ryuha’s pov

“ Ryuha. ”

Dia dah datang. Dia dah kembali. Lambat-lambat aku mengangkat wajah, memandang wajah suami aku yang sedang mengukirkan senyuman manis. Alangkah bagusnya kalau dia sentiasa bersikap begini setiap masa.

“ T–Taeyong. ”

“ Dah lama ke menunggu? ”

Aku membalas dengan menggelengkan kepala, tersenyum nipis sedangkan hati aku rasa macam nak tercabut keluar disebabkan rasa takut yang menggila. Semua ni tak akan bertahan lama. Dia akan bertukar rupa sekejap lagi. 

I miss you, Ryuha. Kita patut balik ke rumah kita— ”

No, saya tak nak. Saya tak nak ikut awak balik, Taeyong. ”

Wajah Taeyong mulai berubah. Senyuman dia mati serta-merta. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu tapi, aku juga tak rosakkan rancangan yang mereka dah rancang sejak pagi tadi. Ini sahaja peluang yang ada.

“ Kau cakap apa? Tak nak balik? Wae? Sebab kau ada hubungan dengan jantan lain, huh? Jantan mana yang kau tunggu dekat sini? ”

Aku mengundur ke belakang, hampir melanggar semua meja dan kerusi yang ada dekat ruang tamu. Lelaki ni semakin mendekati sehinggalah aku jatuh terduduk atas lantai, terperangkap di situ disebabkan dinding.

“ T–Taeyong. Jangan. J–Jangan pukul saya. Please. ”

Taeyong bertinggung di hadapan aku. Dia mencengkam rahang aku sekuat hatinya, tersenyum sinis, “ Jangan pukul? Aku tak akan buat macam ni kalau kau dengar cakap aku, Kim Ryuha— No. Nama kau Lee Ryuha. Kau milik aku. ”

Aku menggeleng laju sambil tangan sedaya upaya cuba menepis tangan Taeyong daripada terus menyekat nafas aku, “ A–awak dah gila ke, Taeyong? ”

“ Ya, memang aku gila. Gilakan kau! Kau tahu tak aku tak suka kau berkawan dengan mana-mana lelaki. Tapi, kau degil kan? Kau fikir aku tak nampak? Looks like I have to punish you, sweetheart.

Senyuman lelaki ni kekal sinis, matanya melilau sekeliling cuba mencari apa-apa barang yang boleh dicapainya. Badan aku mula menggigil teruk. Dalam kepala aku sudah terbayang nama Jacob. Hanya nama dia saja yang aku fikirkan pada saat ini.

“ J–Jacob, help me.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

lullaby. jacobWhere stories live. Discover now