12

467 105 4
                                    

ryuha’s pov

5:45 p.m.

“ Jacob, are you sure rancangan ni akan berhasil? ”

Aku pandang ke arah Jacob yang sibuk meletakkan kamera di tempat-tempat tersorok dalam kondo aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah Hyunjae dan Younghoon yang juga sibuk menyiapkan sesuatu.

Don’t worry, Ryuha. Semuanya akan berjalan lancar. Kalau dia apa-apakan awak nanti, tahulah kami nak buat apa. ”

Eunha tersengih, cuba memberi semangat kepada aku yang diserang rasa takut tiba-tiba. Jam dah menghampiri 6 petang— bila-bila masa saja suami aku akan muncul dekat sini. Dia akan datang semula, aku tahu. Sebab itulah pesanan yang dia tinggalkan pada aku semalam.

Disebabkan aku berkeras tidak mahu mengikutnya pulang ke rumah, maka setiap hari dia akan datang ke sini selepas balik kerja. Dia akan datang ke sini untuk sakiti aku lagi. Dia akan pukul aku lagi. Dia akan buat walaupun berulang kali dia mengucapkan perkataan maaf.

Mungkin ada betulnya— suami aku psycho. Bila dia dalam keadaan yang baik, dia akan layan aku elok-elok. Dia akan bersikap biasa dan tenang, seperti dia tidak pernah sakiti aku. Namun, bila datang perangai syaitan dia, aku yang jadi mangsa.

“ Kami nak keluar sekarang, Ryuha. Awak tinggal di sini sehingga suami awak sampai. Kami akan tunggu di kondo Jacob. ”

Aku mengangguk, menelan air liur pahit. Entah kenapa, aku tidak rasa begitu yakin. Rasa semuanya tidak akan berjalan seperti yang dirancang. Jacob perasan perubahan riak wajah aku, terus sahaja memeluk aku.

It's okay, Ryuha. Saya janji semua ni akan tamat dengan cepat. Don't worry, angel.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

lullaby. jacobWhere stories live. Discover now