O4

559 107 6
                                    

ryuha’s pov

next day.

Divorce. That's only the point.

Diam. Tiada balasan untuk kata-kata Kevin. Aku pandangnya sekilas sebelum menghela nafas berat, “ Kevin. Bukan aku tak nak, tapi— ” Perkataan itu bermain dalam fikiran aku sehingga mulut tidak mampu nak ucap apa-apa. Lidah jadi kelu.

“ Kau nak tunggu semuanya makin teruk baru kau nak ambil tindakan? This is insane! Itu bukan manusia, itu binatang namanya Ryuha! Suami apa pukul kau sambil lebam macam ni ha? ”

Aku menjegilkan mata ke arah Kevin yang tiba-tiba meninggikan suaranya. Dia dah gila? Dia nak satu office dengar masalah rumahtangga aku? Kevin menjeling aku semula, berbisik dengan nada marah, “ Apa? Aku geram tahu tak? Geram dengan kau yang masih nak pertahankan lelaki jahanam tu. Look at yourself, babe! He broke you. ”

Aku mengetap bibir, merenung lengan sendiri. Lebam yang terselindung di sebalik seluar slack dan blaus seakan sudah sebati dalam diri, menjadi corak tetap pada badan. Hampir setiap hari, lebam baru akan muncul. Luka yang lama kembali berdarah semula.

Sakit, tapi terpaksa bertahan.

I’m s–scared, Kev. ”

Hanya ayat itu mampu aku tuturkan setelah beberapa minit aku diam. Takut. Ya, itulah punca aku masih lagi bersikap pasif, menikus tidak mahu berbuat apa-apa. Aku tak tahu pada siapa aku patut luahkan semua ni selain Kevin. Dia seorang saja yang ada untuk aku.

“ Ryuha— ”

“ Aku tak tahan lagi. Sungguh aku cakap, aku tak tahan. Tapi, aku takut. Takut dia cuba buat sesuatu. I’m scared, Kevin. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

lullaby. jacobWhere stories live. Discover now