"Raf." langsung tiada kelembutan dalam nadanya. Masam wajahnya memandang Rafael. Serentak itu Rafael bangun dari duduknya , dengan tujuan ingin menggamit Sofia. Senyuman manis dikoyakkan sehingga lesung pipit pada pipi melekuk dalam.

Hampir seminggu tidak berjumpa dengan bidadarinya itu.

"Angel.."

"What are you doing here?" keras suara Sofia bertanya. Langsung tidak tergugat dengan senyuman manis yang terbentuk pada ulas bibir Rafael.

Rafael diam. Dalam diam menyimpan rasa terkilan dengan sikap Sofia.

"Saya nak jumpa awak lah. Saya risau pasal keadaan awak bila saya dengar berita pasal parents awak. Sebab tu saya tanya Medina dekat mana rumah awak. Angel , are you.."

Hujung baju Rafael ditarik menghampiri pintu utama. Rafael pula tidak pula membantah , sebaliknya dia hanya menurut.

"Awak buat apa dekat sini Raf? Balik lah!" desak Sofia. Takut sebenarnya kalau kalau Haider pulang ke rumah tika ini. Sofia tidak mahu Haider salah faham bila melihat Rafael bersamanya. Tapi.. kenapa?

Biarlah Haider nak salah faham ke apa. Bukan dia kisahkan kau , Sofia!

Suara hati Sofia berbisik. Sofia diam. Semenjak Tuan Farhan dan Puan Haina disahkan meninggalkan dunia. Haider mengambil keputusan untuk tinggal di rumah agam itu. Entah apa sebabnya , Sofia sendiri tidak mengerti.

Rafael sedikit tersentak. Sedikit berjauh hati dengan sikap Sofia yang seolah olah tidak menghargai dirinya yang separuh mati mengkhuatiri gadis itu. Buta kah Sofia kerna tidak melihat keikhlasan dirinya?

Rafael ukir senyum hambar.

"Saya risau kan awak , Sofia. Salah ke saya nak melawat awak? Kita kawan kan?"

Sofia jadi serba salah.

"Raf , saya bukan nak halau awak. Tapi saya takut abang tiri saya.." kata-kata Sofia dipintas Rafael laju.

"Rayyan ke maksud awak?" Sofia sedikit terkejut mendengar bicara Rafael. Rafael kenal Haider?

"Awak kenal Haider?" Rafael tergelak kecil.

"Of course. Rayyan Haider Yeong. Siapa tak kenal dia angel? He's the King of Devil , one of my friends dulu." kini Sofia benar-benar terkejut. Seketika , pandangan dilemparkan pada pintu pagar automatik yang kini berbuka. Serentak itu , kereta mewah milik Haider kelihatan memasuki perkarangan rumah agam itu.

Tak lama Haider mula turun sebelum matanya jatuh pada Sofia dan Rafael. Pandangan yang dilemparkan Haider nyatanya buat Sofia terus menunduk. Tidak betah menatap panahan tajam mata Haider.

"Lion." sapa Rafael sekadar membasa basi. Haider mengambil tempat bersebelahan Sofia. Agak rapat sehingga bahu mereka berlaga.

"Raf , kau buat apa dekat sini?" tanya Haider dingin. Wajahnya sedikit keruh. Rafael tersenyum senang sebelum matanya mengerling Sofia sekilas.

"Melawat Sofia. Sekali nak lepaskan rindu. Rasa macam lama tak jumpa di kolej kan , angel?" selamba Rafael berkata tanpa menghiraukan pandangan maut Haider.

Mendidih darah Haider dibuatnya. Namun , riaknya berjaya dikawal. Sesaat ,  Sofia dipandang dengan bibir terlakar satu senyuman manis sebelum tangannya naik merangkul bahu Sofia. Menarik Sofia rapat dengannya.

Terkejut besar Sofia dibuatnya namun tidak pula dia  bertindak menolak tangan Haider di bahunya. Bukan cuma Sofia , malah riak Rafael juga sudah berubah. Tak senang bila bidadarinya dipaut Haider.

Ewah-ewah!

"Oh really? Halena tak bagitahu abang pun Halena ada 'special relationship' dengan Raf." mesra Haider bertanya. Mesra. Jarak mereka cukup dekat. Namun cukup buat Sofia kelu. Wajah cuak Sofia membuatkan hati Haider sedikit tercuit. Comel.

"Err... ora.. orang kawan je dengan Raf.." tergagap- gagap Sofia membalas. Sudah lah Haider membahasakan dirinya sebagai 'abang' , nada yang digunakan Haider juga lembut. Duh! Sofia lemah bila berhadapan dengan Haider!

"Oh , lah. Aku ingat kau ada apa apa dengan Halena." pandangan kembali dilemparkan pada Rafael dengan bibirnya membentuk satu senyuman herot.

Rafael berkerut.

"Halena? Wait Sofia , kenapa awak tak marah bila Rayyan panggil awak guna nama tu?" tanya Rafael sambil matanya memandang Sofia tajam. Haider diam sebelum bibirnya kembali mengukir satu senyuman sinis buat Rafael.

"Well maybe I'm the special one? Sebab tu aku sorang je boleh panggil dia dengan nama tu. Betul tak sayang?"

Makin ketara kerutan pada dahi Rafael. Wajahnya berubah keruh.

"Apa kau cakap ni Yan? Kau sedar tak yang kau dengan Sofia adik beradik?" soal Rafael tegang. Situasi mula menjadi bahang. Haider meleraikan rangkulan pada bahu Sofia sebelum memandang Rafael dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari ulas bibirnya.

"Aku rasa kau pun tahu yang aku dengan Halena bukan adik beradik..." ya. Rafael bukan dungu untuk tidak mengetahui salahsilah keluarga Haider. Haider diam sejenak sebelum kembali menyambung.

"Plus kitaorang satu rumah Raf , aku boleh buat macam macam dekat Halena." Haider tersenyum sinis. Sengaja mereka cerita supaya Rafael menjauhkan diri dari Sofia.

Haider cukup kenal dengan Rafael. Cukup kenal.

"Haider! Stop it!" marah Sofia. Nafasnya turun naik. Sakit pula hatinya dengan sikap Haider yang seolah olah meletakkan maruahnya pada tumit kaki. Kenapa perlu mereka cerita palsu? Apa Haider mahu dirinya terlibat buruk pada mata orang-orang? Apa itu yang dimahukan Haider?

Haider hanya mengendahkan amukan Sofia. Wajah Rafael kembali dicari.

"Kau pun tahu aku dari dulu macam mana Raf. Dah kau balik lah. Tak payah kacau perempuan aku." halau Haider mendatar. Rafael memandang Sofia dengan pandangan sukar ditafsirkan.

Jujur. Dia benar benar kecewa dengan Sofia. Gadis yang pada mulanya difikir naif , polos dan pandai menjaga maruah diri rupa rupanya seorang yang hipoktrit! Sungguh Rafael kecewa!

Langkah terus diatur keluar tanpa sebarang pamitan. Sofia jadi serba salah. Baru saja kaki ingin melangkah mengejar langkah Rafael tangannya diraih Haider lembut.

"Stay Halena. We need to talk."

The King of Dévil ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora