❤️ part 17 ❤️

54 3 0
                                    

Hujung minggu tu Fea sedang bersiap untuk berjumpa lelaki bernama ' Amer ' . Dia hanya mengenakan baju tshirt , loose jeans dan kasut sneakers . Bagi dia ini dah cukup simple , tidak seperti Linda . Menjaga personaliti dan pakaian dia , sebab tu layak jadi model .

Tiba tiba dapat noti dari Aiman

Aiman: Hai awak , pukul 3 nanti saya datang pickup awak eh ?
Nanti send location
Okay jumpa nanti

Fea : okay baik
*send location*

Setelah beberapa minit , Fea dapat call dari ' Amer '.

" yes hello ? dah sampai ke ? "

" sudah hehe"

" cakap pukul 3 "

" saya saja nak buat suprise , awak tak siap lagi ke ?"

" lagi sikit je ni , bagi saya 5 minit nanti saya turun bawah ye "

" alright baby "

" hah apa awak kata tadi ?"

" apa ? saya cakap apa ? " kata Aiman tahan ketawa .

" err .. dahlah saya siap dulu "

Fea terus menutup telefon . Dia salah dengar ke ? Ahh lantaklah .

❤️❤️❤️❤️❤️

Aiman yang sibuk duk betulkan rambut . Nak jumpa crush kan tapi dia rasa serba salah menipu Fea . Fea mesti akan kenal dia kerana mereka beberapa kali terserempak . Aiman kekal tenang , dia tarik nafas sedalamnya dan berharap sangat crush dia akan menerima dia .

Hampir 10 minit , Aiman ternampak Fea sudah turun . Dia lihat Fea tercari cari , Aiman terus parking kereta nya di depan Fea . Lalu dia pun membuka tingkap , Fea masih tidak cam itu Aiman kerana dia memakai spec .

" masuklah awak "

Fea segera pergi ke kereta Aiman dan masuk ke dalam . Dia tiba tiba berasa awkward .

" hai , cantiknya awak ni "

" erk apa awak ni ? dahlah jom gerak . saya tak nak balik lambat sangat tau "

" okay baiklah "

Sedang dalam perjalanan , Aiman speechless . Yela crush dia ni senyap je . Sampai sahaja di depan traffic light , Aiman mulakan perbualan .

" er awak "

" ye "

" sebelum tu saya nak cakap something dekat awak tapi saya harap sangat awak janganlah marah dekat saya ye "

" awak nak cakap apa ? "

" saya sebenarnya .. err sebenarnya nama saya bukan Amer tau "

" huh ? maksud awak ? "

" masa lelaki yang bagi kertas tu kawan saya , saya yang suruh dia bagi . Dan kalau awak nak tahu nama saya Aiman "

Aiman segera membuka specnya . Fea agak terkejut .

" wait ? Aiman ? " Fea seperti teringatkan seseorang yang dia benci . Patutlah lelaki ni macam iras rupanya itulah Aiman bekas crush masa zaman sekolahnya .

" ye saya Aiman , kenapa awak ? "

" kau sebenarnya nak apa dari aku ni ? "

Tiba tiba lampu isyarat mula hijau , Aiman menggerakkan keretanya .

" hah ? awak kenapa ni ? "

" kau tanya aku nak apa ? kau tak payah nak panggil awak awak lah . kau berhenti sekarang kereta ni ! " marah Fea

" kejap , cuba explain dekat saya . Saya tak fahamlah"

" kau tak kenal aku ? srslah weh . Nama aku Airish Sofea , budak chubby yang kena reject masa zaman sekolah dulu dan kena hina dengan budak lelaki yang acah acah handsome tu "

" maksud awak , awak ni Fea ke ? "

" dah ! kau tak payah nak tanya lagi . Sekarang ni aku nak kau berhenti kan kereta ni , aku tak nak tengok muka kau "

Aiman terdiam . Sangkaannya memang betul . Tapi kenapa muka dia berubah sampai dia tak kenal .

" kau tunggu apa lagi ? berhenti la . Pasni kau jangan dah nak ws aku lagi , aku tak nak dah amik tahu pasal kau . Sejak aku pindah dari sekolah , aku benci kau tau tak ! Sebabkan kau , semua lelaki aku tak nak ! " luah Fea dengan perasaan marah

Aiman segera parking di tepi , Fea terus keluar dari situ . Aiman masih tak tau nak kata apa , dia berasa menyesal . Ye sekarang baru nak menyesal tak minta maaf masa sekolah dulu .

Tapi Fea masih tak memaafkan Aiman lagi . Dia terus berpatah balik ke rumah sewanya .

❤️❤️❤️❤️❤️
Sampai sahaja di asrama , Fea terus masuk ke bilik dengan perasaan marah semua ada .

" aa bodohnyaa !! kenapa kau muncul balik dalam hidup aku ! aku benci kau tau takkk ! Kenapa lah aku bole tak perasan itu kau . Baik aku block no dia sebelum dia ws aku lagi "

" Time aku buruk , kau layan aku macam sampah kan . Bila aku dah start ubah diri aku , kemain kau layan aku baik baik kan . Dasar memilih rupa eee !!"

Fea masih geram . Dia risau Aiman akan terserempak dengan dia di kolej .

❤️❤️❤️❤️❤️

YOU'RE MINE Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora