24

259 21 1
                                    

Jenis orang ketika riadah (guys version)

1) Random sports guys

Jenis yang macam ni diorang akan riadah random je. Kalau haritu dia rasa nak main badminton, dia akan bawa badminton. Kalau dia rasa nak main bola beracun ke dia pergilah join orang yang main bola beracun. #randomlife

2) curi makan

Disebabkan lelaki ni suka bersukan habis-habisan, ada juga yang jenis pergi PUM senyap-senyap, beli makanan lepastu makan kat kelas. Ini dinamakan kes 'hawa nafsu makan mendatang ketika riadah tapi tak nak kena kecam' jadi diorang ambil keputusan makan senyap-senyap.

3)atlet One

Ni sama seperti perempuan. Setiap kali turun riadah je mesti akan pergi latihan sukan sebab senior panggil.

4) setia

Jenis ni diorang akan setia dengan sukan yang diorang buat walaupun tak wakil sekolah. Diorang mesti buat sukan tu je setiap kali turun riadah. Contohnya setiap kali turun riadah mesti diorang akan main bola je. Takde kerja lain.

5) pemalas

Ni yang jenis malas nak turun riadah jadi bila orang buat kiraan untuk turun riadah dia buat pekak je.

6) melepak

Ni biasanya lelaki yang selalu bergaul dengan perempuan. Maksudnya diorang ni suka lepak dengan perempuan jadi bila waktu riadah diorang mungkin akan melepak dalam kelas dengan perempuan atau main badminton dengan budak perempuan.

7) anime lovers

Manusia macam ni suka sangat baca manga web sampai tak nak berenggang. Sampaikan waktu riadah tu diorang pasang laptop dalam kelas dan melakukan aktiviti membaca web manga.

...

Secara keseluruhannya, lelaki akan bersukan dan perempuan ada macam-macam jenis ragam.

Semua fakta ini berdasarkan pengalaman dan sedikit soal siasat.

Btw nak ucap
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua readers buku ni dan juga readers buku idol itu aku punya!!!  All your supporr wad really amazing walaupun buku tu sebenarnya tak famous pon. Huhu

Fakta Kehidupan Budak MRSM (Completed)Where stories live. Discover now