85

65 6 2
                                    

Memandangkan beberapa minggu lepas aku dengar adik aku pergi ujian ukkm untuk kemasukan MRSM juga. Jadi aku terfikir nak bagi tips untuk  orang yang nak masuk MRSM ni.

1. Adab

Ok benda ni sebenarnya basic je. Apa yang aku belajar dulu kalau jumpa senior je korang kena tunduk sikit lepastu bagi salam kat senior tu. Tak kisahlah kalau senior tu tak nak jawab ke apa. Aku pun masuk MRSM intake lambat so bila aku masuk aku cam pelik kenapa kena bagi salam kat senior je. Tapi itu yang diterapkan dari dulu lagi.

2. Senyum

Aku nasihatkan lagi lagi kalau sesiapa yang muka dia naturally resting bitch face. Kau tau kan muka dia yang nampak cam kurang di ajar je tapi sebenarnya dia tak jeling pun orang tu. Aku nasihatkan banyakkan senyum bila jumpa orang. Sebab dalam pemerhatian aku orang yang ada resting bitch face selalu dikecam oleh senior sebab diorang dikategorikan sebagai kurang ajar dengan senior.

3. Berdikari

Ini biasalah bila kau dah masuk sekolah berasrama. Kau kena pandai urus masa sendiri dan buat semua benda sendiri sebab dekat sana dah takde bibik yang tolong kau basuh baju. Ataupun dah takde mak kau nak tolong ironkan baju sekolah kau.

4. Toleransi

Ini penting. Kau kena pandai toleransi dengan orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Contohnya kalau kau nak iron baju masa hari minggu. Iron tu janganlah sampai satu loker kau nak iron. Orang lain pun nak iron baju diorang jugak. Jadi kalau kau jenis iron baju lambat aku suggest iron 3 pasang je dulu.

Ini sahaja dulu untuk kali ini kalau nakkan tips macam ni rajin-rajinlah baca

Fakta Kehidupan Budak MRSM (Completed)Where stories live. Discover now