Group D - Ayran, Arzyn, Aaril, Afran, Mariana, Aqila, Lily, Alvin...

Mereka tercengang mendengar nama ahli kumpulan yang disebut lagi-lagi nama dalam kumpulan A.

"Biar betul diorang ini?" tanya Ayran kerana tidak percaya nama yang disebut.

"Tempah maut betul," marah Arzyn lalu mengusutkan rambutnya.

"Shit!" carut Avryn dan merenung ke arah seorang yang sedang merenungnya dengan senyuman mengejek.

Semua yang mendengar carutan Avryn sudah seram dan melihat ke arah pandangan Avryn lalu terkedu.

"Let's play the game then," kata Avryn sinis lalu memasukkan tangan ke dalam poket outwear yang dipakai.

Avryn terus berjalan meninggalkan mereka menuju ke arah kumpulan yang diaturkan.

Rakan-rakannya yang mendengar sudah berpeluh dan takut akan apa yang berlaku sebab semua ahli kumpulan A merupakan musuh abadi mereka. Lagi-lagi tiada seorang pun antara PP dan FP dalam kumpulan A manakala hanya D'Princessa dalam kumpulan itu. Nama ahli kumpulan pun macam sengaja diaturkan menyebabkan semua berhati-hati.

SKIP

"Aku jadi ketua," kata Syed Darwin.

"Aku rasa aku lagi sesuai kot," kata Iqbal Asher.

Pergaduhan antara Zyad Academy dan Eagle Academy bermula menyebabkan kumpulan A menjadi riuh dengan suara mereka.

"DIAM!" jerkah Sarah dengan muka putihnya yang sudah bertukar menjadi merah.

Mereka semua terdiam mendengar jerkahan itu.

"Nak ambil barang pun nak gaduh ke? Childish betul," sindir Isabella.

Avryn hanya berdiam diri melihat perbalahan mereka tanpa menyampuk.

"Apa kata korang oh-som je? Yang menang jadi ketua," kata Luciana sambil merenung Syed Darwin dan Iqbal Asher yang sedang menjeling antara satu sama lain.

Syed Darwin dan Iqbal Asher mula bertarung.

Akhirnya, Syed Darwin menang.

Selepas mengambil barang untuk pasang khemah, mereka semua diarahkan untuk memasang khemah dan membersihkan diri. Mereka akan memulakan aktiviti esok dan dibenarkan rehat untuk hari ini.

"Rindu Ayla!"

Arzyn memeluk bahu Avryn.

"Tak sampai sehari pun," kata Avryn sambil membuka outwear adidas yang dipakainya meninggalkan baju putih tanpa lengan di badannya.

"Nasib khemah dekat, boleh borak." kata Farheen lalu duduk bersila diikuti Afran.

"Buaya darat betul wei," adu Luciana sambil melentokkan kepalannya di bahu Diana di sebelahnya.

"Aku dah kata," jawab Fryan sambil meneguk air dalam botol air yang dibawanya.

"Aku rasa Eagle ok je dengan kita tapi Zyad itu naikkan angin je," kata Avryn sambil melabuhkan punggung di sebelah Adam.

"Haah! Aku tengok pun diorang ok je," kata Sarah menyokong kenyataan Avryn.

"Diorang ok ke tak, korang hati-hati. Kita tak tahu apa diorang rancang," kata Alvin tegas yang baru sampai bersama Haikal lalu memberikan makanan kepada mereka semua.

"Tangan aku dah gatal tadi tengok Darwin dan Aiman itu menggatal dengan korang," kata Aaril sambil meyuapkan makanan ke mulut Aayiz sebelum disuapakan ke mulut sendiri.

Twin goals!

"Itu baru kau. Tadi dari turun bas, aku tengok Iqbal itu renung Ryn semacam je," kata Adam kerana apabila turun dari bas memang dia nampak renungan Iqbal pada Avryn.

"Ada orang risau wei," usik Aayash sambil menyenggol lengan Afran di sebelahnya.

Avryn sudah berona mukanya lalu dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan laju.

"Biarlah," bidas Adam sambil menggaru tengkuknya kerana terlepas cakap.

"Aku lagi takut esok tahu tak? Esok dahlah ada jungle trekking dan night walk," kata Haikal lalu melunjurkan kaki ke hadapan.

"Haah wei! Aku macam nak tukar je nama ahli kumpulan bagi dua atau tiga orang dari kita dekat sana," jawab Sofia geram lalu menghirup sup yang diberi bersama makanan tadi.

"Aku rasa memang ada sesuatu yang diorang rancang. Like come on, they were waiting for this what?" kata Avryn kerana dia rasa Edward tidak akan membiarkan dia begitu sahaja.

Arzyn dan Darwisha mengangguk tanda setuju.

"Tok wan ada mesej tadi. Wan suruh jaga diri dan hati-hati," tutur Ayran menyampaikan pesanan Tok Wan apabila mesej dia tadi.

Mereka semua mengangguk sebelum sambung menikmati makanan sambil bersembang.

Adam merenung Avryn di sebelahnya dengan senyuman manis dan berbisik di telinga dia,

"I think you're the key to my heart,"

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now