Hali: Aku dah balik. Jadi... Lepasni kita akan bersama, kan?

Gempa tersenyum. Dia pun beralih ke makanannya semula dan teruskan sesi makan malamnya.

Gempa tidak pandai menipu. Dia bukan pakar dalam hal tersebut. Jadi, untuk mengelakkan diri daripada diketahui, Gempa harus mengabaikan Halilintar.

Halilintar pula, hanya memandang sahaja Gempa yang sedang menikmati makan malamnya. Tangannya memeluk pinggang Gempa lalu dia menyentuhkan dahinya di kepala Gempa.

Hali: Aku tak sabar untuk bersama dengan kau lepasni...

Gempa kekal diam. Dia tahu... Dirinya sekarang amat lemah. Tidak kuat. Jika diikutkan hatinya yang lemah itu, dia akan menangis di situ juga kerana terpaksa menipu Halilintar.

'Maafkan aku, Halilintar... Walaupun aku tak nak... Tapi aku harus pergi... '

Tanpa mempedulikan Halilintar yang berada di sebelahnya, Gempa teruskan sahaja menikmati makan malamnya. Tiada sesiapa yang tahu rancangan Gempa malam itu kecuali dirinya seorang.

•°•°•_🍁🍂(´;д;')🍂🍁_•°•°•

Jam 2 pagi. Kini kesemua penghuni di dalam rumah mewah milik keluarga Tok Aba pun sudah lena tidur dan dibuai oleh mimpi masing-masing. Dan melihat dari keadaan yang tenang itu, nampaknya tidak akan ada tanda-tanda untuk mereka bangun sehingga pagi. Nampaknya kesemuanya tidur dengan lena selepas menikmati makan malam yang besar bersama-sama keluarga tersayang.

Ah, tetapi ternyata bukan semua yang sudah tidur. Ternyata masih ada seorang lagi yang belum memejamkan matanya sedari tadi lagi.

Gempa.

Gadis itu berjalan mundar-mandir sambil merenung mesej di dalam telefonnya. Dia sedang menunggu sesuatu, atau lebih tepat menunggu seseorang untuk menghantarkan pesanan baharu.

Ding! Ding!

Tepat pada masanya. Gempa melihat mesej baharu tersebut.

_____________

1C4120

Aku sudah sampai.
Kau boleh keluar sekarang.

____________

Dan tanpa membalas mesej tersebut, Gempa pun segera mendapatkan segala beg dan barang-barang yang berisi barang keperluan miliknya lalu memikulnya. Ada satu beg galas di bahunya dan satu lagi beg besar yang dipegang di tangannya.

Walaupun Gempa sudahpun berambut panjang, tetapi dia membuat keputusan untuk memotongnya sekali lagi. Potongan rambutnya itu diletakkan di atas meja alat solek dan disertakan dengan nota di atasnya. Gempa memakai jaket dan berpakaian semula seperti orang lelaki. Tidak lupa juga dengan topi kegemarannya yang selalu dipakainya suatu ketika dahulu.

Sebelum berangkat keluar dari bilik, Gempa melihat ke arah nota dan rambutnya buat kali terakhir.

'Maafkan aku... '

Klik!

Bunyi pintu bilik ditutup rapat menandakan Gempa sudah keluar dari biliknya.

Gempa membuat keputusan untuk melompat turun dari balkoni rumah yang pernah menjadi tempatnya dan Halilintar bersama suatu ketika dahulu untuk melihat bintang bersama. Teringat akan Halilintar, Gempa pun melihat ke arah pintu bilik Halilintar. Dia memandangnya lama.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now