🖋️ BP 17

4.8K 324 48
                                    

Hana yang baru saja keluar dari pejabat untuk pulang tersenyum lebar tatkala terpandangkan Tariq yang sedang bersandar di kereta menantinya.

Laju saja dia menghampiri lelaki itu tanpa berlengah. Sempat dia terdengar bisikan-bisikan yang memuji keterampilan Tariq yang jelas-jelas menarik perhatian mereka.

"Penat?" soal Tariq sebaik sahaja Hana masuk ke dalam kereta miliknya.

"Boleh tahan. Banyak nak kena review balik, sana sini tak kena bila diperiksa satu demi satu." jawab Hana sambil memandang Tariq.

Tariq tersenyum mendengar aduan Hana lantas dia mencapai sesuatu di seat belakang dan menghulurkannya kepada Hana.

"Black Forest? Thank you, Ariq!" ucap Hana dengan gembira sambil menyedut air kegemarannya dengan rakus.

Hilang segala dahaga dan stress sebaik sahaja minuman kegemaran dia ada depan mata.

"Jom makan." ajak Tariq.

"Craving tom yam campur." ucap Hana dengan mata terkedip-kedip memandang Tariq.

"Anything for you, darling."

Hana tersenyum suka. Untuk sekian kalinya, dia rasa bahagia.

Dia suka rasa ini, rasa tenang bila Tariq selalu ada dengannya.

Rasa dimanjakan oleh lelaki itu dan dia perasan yang Tariq kini dan dulu sudah terlalu berbeza.

"Ada apa-apa yang kau nak share dengan aku hari ni?" soal Tariq dengan tangan yang sibuk menyudu kuah tom yam ke dalam pinggan Hana.

" Aku rasa macam nak pindah rumah."

"Kenapa? kan tu rumah peninggalan parents awak? kau fight untuk dapatkan rumah tu balik kan?"

"Aku sunyi. Rumah tu terlalu besar untuk aku tinggal. Walaupun ada Syah tapi still sunyi. Aku rasa macam nak cari apartment yang sesuai untuk aku tinggal dengan Syah."

"Nanti aku carikan." putus Tariq seraya menyapu tepi bibir Hana yang sedikit comot.

"Thanks." ucap Hana tersenyum manis.

" Aku cadang nak buat rumah tu sebagai rumah anak-anak yatim. Apa pendapat kau?"

"Nice.. at least rumah tu still ada dan hidup. Lagipun bilik banyak, sesuai la untuk jadikan tempat berteduh mereka." sokong Tariq dalam masa yang sama perasaan bangga dengan keputusan yang Hana buat.

" Pasal benda aku dah bincang dulu dengan Faiq sebenarnya."

" Faiq?"

" Yes. Dia kata dia nak tolong aku dalam urusan surat menyurat."

" Kenapa nak kena minta tolong dia? Aku kan ada?" soal Tariq cemburu.

Bukan dia tidak faham pandangan mata dari lelaki itu setiap kali jumpa dengan Hana.

" Dia kan ada pengalaman bab-bab ni. So, i ask him to help me." jawab Hana tanpa rasa bersalah.

" Kau-- marah ke?"

Soalan Hana dibiar tidak berjawab.

Tariq menolak mangkuk berisi tom yam jauh darinya.

Hilang terus selera makan!

" Tapi.. Aku still perlukan pendapat dan pertolangan dari kau. Kau tolong aku ya." pinta Hana dengan nada memujuk.

"Mesti la.. I will be there, don't worry baby." manis kata-kata Tariq ucapkan.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now