🖋️BP 04

6.6K 364 32
                                    

Dato'Razali melempar semua dokumen-dokumen di atas mejanya dengan rasa marah yang meluap-luap. Dadanya jelas berombak menandakan sesiapa sahaja yang membuat pasal pasti akan terkena natijahnya.

"Macam mana? Macam mana boleh jadi macam ni? kau jelaskan dekat aku sekarang sebelum muka kau pecah aku kerjakan." soalnya.

"Sa.. Saya sendiri tak pasti Dato."

"Wrong answer!!" jerkah Dato'Razali.

"Setelah disiasat urm Datin Suraya yang tandatangani surat pemindahan saham syarikat milik Dato' Mustafa." jawab Zaki kembali tenang biarpun dia sudah bersedia untuk dipecat oleh majikannya.

"How come she has the right to sign? Aku pemilik sebenar!"

"Datin tiru tandatangan Dato dan cop mengunakan nama Dato, jadi dokumen tu sah."

Dato' Razali ketap bibir. Bengang dengan tindakan isterinya yang jelas-jelas membuat keputusan tanpa pengetahuannya.

"Siapa pembelinya?"

"Cindy Michele daripada Canada. Dia tawarkan tiga kali ganda daripada harga yang Dato beli sebab itu Datin terus tandatangan, lagipun syarikat itu syarikat kecil. Agak lumayan harga yang ditawarkan dan berbaloi."

Zaki cuba menyedapkan hati lelaki di hadapannya. Dia tak berani nak angkat kepala melihat wajah majikannya.

Bengis!

Menakutkan!

Dato' Razali merengus tidak puas hati. Walaupun kecil, MSY Corporation masih berpotensi tinggi dan mendapat kepercayaan dari ramai pembekal. Sebab itu dia nak sangat miliki syarikat itu tapi segalanya hancur sebab kebodohan isterinya.

Bodoh!

Ada bini pun tak guna!

" Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau hari ni!" tempik Dato' Razali

Zaki cepat-cepat keluar dari bilik itu. Tak nak dia jadi bahan melepaskan marah lelaki itu.

Dato' Razali segera menelefon isterinya dengan amarah yang tak tertanggung. Terasa mahu melempang saja pipi itu kerana memandai membuat keputusan.

" Sayang.. Kenapa call?"

"Kenapa kau buat keputusan ikut sedap kau?"

"Maksud abang?" soal Datin Suraya berpura-pura tidak tahu. Namun hatinya mula terasa tidak sedap mendengar nada suara suaminya.

"Kau jangan sampai aku balik rumah sekarang dan lempang muka kau tu. Dengar sini Suraya, ini pertama dan kali terakhir kau buat macam ini. Kalau kau buat lagi aku tak akan teragak-agak nak kerjakan kau cukup-cukup!" kata Dato' Razali memberi amaran keras.

Tanpa menunggu balasan dari isterinya terus saja panggilan dimatikan. Telefon bimbitnya terus dilempar ke dinding, pecah berderai. Telingannya mendengar bunyi ketukan pintu dari luar.

Menyusahkan!

" Apa kau nak?" Soal Dato'Razali kepada setiausahanya. Api kemarahan yang mendidih tadi bertukar sejuk melihat wanita yang tersenyum menghampirinya dengan lengok badan yang seksi.

"Maaf, Dato. I cuma nak brief you tentang jadual you hari ini. You okey ke?" soal Nisa dengan senyuman mengoda.

"Come.." arah Dato' Razali mengamit Nisa untuk dekat dengannya. Pinggang wanita itu dirangkul kemas.

"I takutkan you ke? Sorry baby." Tangannya meliar ke tempat lain dengan mata yang tak jemu memandang tubuh Nisa yang terdedah.

Baru sahaja bibirnya mahu bertindak lanjut, ketukan pintu kedengaran sekali lagi. Dia mendecit marah.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now