BP 22

1.6K 112 17
                                    

Sesekali mata Tariq memandang jam, dia berdecit geram. Berapa lama lagi nak menapak kat rumah orang ni!

" Tok tu tak reti nak balik rumah ke? serupa tak jumpa setahun padahal bukan jauh mana pun." omel Tariq.

Dah sejam lebih!

Gelisah!

Dia tidak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa tak sedap hati.

" Aku pun hairan weh. Anak aku dah mengantuk ni, menyesal tak bawak kereta sendiri." tambah Thakif.

" Kita tinggal jelah tok kat sini. Tengok gaya macam lambat lagi je nak habis borak." cadang Taufik pula.

Nombor Hana dihubungi beberapa kali namun tiada respon.

Tak boleh jadi ni! Tariq terus bangkit.

" Kau nak pergi mana?"

" Balik!"

" Weh jangan tinggal aku!"

Baru saja kaki nak melangkah keluar, namanya diseru seseorang.

" Haq. Is that you?"

Tariq mengerutkan dahi. Siapa pulak ni? Tsk.. kacau je!

" Awak tak kenal saya dah? Saya Emylia. Lupa?"

" Tak ingat la. Aku sibuk ni. Nanti-nanti kita sembang lain."

" Haa, panjang umur. Tok memang dok sebut-sebut nama kamu tadi Emy."

" Acik? Nak pergi mana?" soal Encik Husni.

" Nak balik. Tok tak mahu balik lagi ke? berapa lama nak duduk dekat rumah orang ni." Selamba saja Tariq sound Hajah Jannah.

" Kejap la. Tok nak kenalkan kamu dengan Emy. Kamu tak ingat ke? kan Emy ni kawan kamu waktu kecil-kecil dulu."

Tariq mengaru kepala yang tak gatal.

Apa benda ni!

" Okey. So what?"

Dia nampak senyum kelat perempuan bernama Emylia namun dia tak rasa satu keperluan untuk teruskan perbualan.

"Ish, kamu ni acik."

" Tak.. sekarang ni acik nak tanya. Tok nak stay lama lagi ke? kalau nak stay lama, tok tidur sini terus. Esok acik boleh jemput." dia sudah hilang sabar.

" Acik--" tegur Puan Norlela.

Agak kasar cara Tariq ni. Dia tak nak nanti ada perbalahan pula.

Tahu sangat dengan perangai mak mertuanya.

" Tok tidur sini saja la. Esok Emy pergi hantar." celah Emylia yang sedari tadi diam.

Dia cuba mencuri peluang untuk berjumpa dengan lelaki itu lagi.

" Ha eloklah tu. Jom angah, along. Isteri-isteri kita mesti tengah tunggu kita balik." laju saja Tariq keluar dari rumah itu.

Tidak betah berlama lantaran Hana langsung tidak mengangkat panggilannya.

" Acik!!"

Tariq mengerut dahi melihat wajah cemas Thakif dan juga Taufik.

" Sufi call! Ada orang pecah masuk rumah tok."

✳️✳️✳️


Prang!!

Habis pecah berderai pasu bunga dek kerana rempuhan daripada Hana.

Hana mengetap bibir. Sakit!

Rambut Hana dijambak dengan kasar lantas kepala Hana dihantuk ke dinding.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now