🖋️BP 05

5.9K 332 19
                                    

"Ada apa nak jumpa i?" soal Hana tanpa buang masa. Pelik apabila dengan tiba-tiba wanita bertudung litup itu mahu menjumpanya tanpa sebab.

"Saja.. kan kita dah lama tak jumpa. Husna ada ajak Sufi tapi Sufi sibuk sikit uruskan anak-anak dia. Itu yang Husna cuba ajak Hana." jawab Husna.

"Oh.. Tapi kan, i bukan nak sakitkan hati you atau nak bagi you terasa cuma i tak rasa kita rapat pun sebelum ni. I rasa you dengan Sufi yang selalu keluar sekali bukan dengan i. "

Hana simpan senyum sinisnya.

"Plus, kita kan ada isu sebelum ni. You jangan ingat i lupa pulak ye."

Husna tersentak. Dia akui apa yang Hana cakap itu betul. Hana seakan pandai menebak tujuan sebenar dia.

" Apa yang you nak cakap dekat i sebenarnya?" tanya Hana tanpa selindung.

" Awak dengan Tariq ada hubungan apa-apa ke?"

Hana menjungkit kening. Dah agak dah sebenarnya tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu.

" Hubungan yang macam mana tu?" soal Hana bermain tarik tali.

" Hana, sebelum awak ada, saya terlebih dulu cintakan Tariq tapi dia tak pernah pandang saya. Lepas awak dengan dia putus pun, saya sentiasa ada untuk dia. Saya ingat bila saya setia menanti, dia akan balas cinta saya tapi kenapa awak muncul balik?"

"Maksud you? you nak salahkan i sebab Ariq tak pernah pandang you ke atau you marah sebab Ariq tak pernah lupakan i?" Hana menyoal dengan sarkastik tanpa menghiraukan perasaan Husna.

"Kenapa i muncul balik ye. Hmm, let's say i nak balas balik apa yang orang dah buat dekat i? revenge?"

"Hana, tolonglah. Kalau awak tak ada perasaan dekat Tariq, tolong jauhkan diri dari dia." pinta Husna separa merayu.

"Kalau i masih ada perasaan dekat dia, you akan undur diri ke?" soal Hana tepat memandang Hana yang jelas berubah riak sebaik sahaja mendengar soalannya.

Saja dia main tarik tali.

"Hana, saya tunggu dia sudah terlampau lama, tak kan dengan senang-senang saya nak mengalah. Saya tak akan bagi peluang untuk orang lain dapatkan dia kalau saya sendiri tak boleh miliki cinta dia."

Bla..bla bla.. perempuan ni asyik bagi ayat yang sama saja dari tadi.

Hana tersenyum sinis. Dia mengerakkan badannya ke hadapan sedikit.

" Jadi you dah tunjuk wajah sebenar you?" soal Hana.

" Ap--Apa yang awak maksudkan ni Hana? Saya tak faham." jawab Husna tergagap-gagap.

" You know what? i don't have a time to all this nonsense. I malas nak ambil tahu hal antara you dan Tariq, dan you kena ingat Husna. You tak boleh paksa orang untuk suka dekat you, itu namanya pentingkan diri sendiri."

"Hana, saya bu--"

Hana menyentuh hujung tudung Husna dengan perlahan.

" Sayang sangat Husna. You ni bertudung litup, cantik, ayu dan ada kerjaya yang sangat stabil. Tapi sayang, sebab cinta.. You jadi macam ni." kata Hana seraya bangun.

" Hana, apa maksud awak?" soal Husna terpinga-pinga.

Hana tunduk ke arah Husna dengan senyuman yang sukar difahami. Mendekatkan bibirnya ke telinga Husna tanpa melihat reaksi wajah wanita itu.

" I know your sweet secret, Husna." bisik Hana kemudian berlalu pergi membiarkan Husna di situ dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut.

Bukan urusan dia untuk dia hebohkan apa yang Husna sudah lakukan. Tetapi akan menjadi urusannya jika Husna masih lagi mahu menganggu dirinya dengan benda-benda remeh seperti ini.

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now