Hanis membelok ke kanan. Jauh dari ruang legar tadi. Sepanjang laluan, lukisan pemandangan alam semulajadi dan potrait keluarga digantung pada dinding berwarna beige. Sebelum tiba di hujung laluan, Hanis menghentikan langkahnya. Sebuah pintu kayu oak coklat berdiri di hadapan kami.

          Tombol pintu dipulas oleh Hanis. Pintu dikuak seluasnya. Mempersilaku untuk masuk dahulu. Alangkah terkejutnya aku melihat bilik itu.

          Dindingnya sepenuhnya diperbuat daripada kaca. Ada beberapa kaca yang berfungsi seperti jendela. Memberi laluan kepada angin untuk masuk dan kicauan burung untuk didengari. Mengelilingi bilik berbentuk bulatan itu pula pokok bambu dan kolam ikan.

          Kagumku tidak terhenti setakat itu sahaja. Apabilaku mendongak, siling berbentuk kubah yang turut diperbuat daripada kaca didedahkan. Tiada candelier mewah tetapi cahaya matahari yang mencukupi menembusinya ke dalam bilik.

          Aku... kat mana ni?

          "Ini library tapi selalunya, Hanis seorang je yang guna. Abang selalu belajar kat dalam bilik. Kak Shima pula belajar kat basement." Jelas Hanis seakan tahu apa yang bermain dalam fikiranku.

          "Oh."

          Mendengar penjelasan Hanis, barulah aku menyedari rak-rak buku yang seakan sudah berusia ratusan tahun tersusun di belakang sebuah meja panjang.

          "Duduklah." Pelawa Hanis.

          Aku menarik sebuah kerusi. Melabuhkan punggung. Mata masih melilar mengagumi seni bina bilik itu.

          "Arwah atuk sengaja minta open space macam ni untuk buat library. Bila membaca pun, tenang je. Lighting pun natural." Tambahnya.

          "Oh. Tapi kalau tengahari, tak ke silau sangat? Sebab mataharikan terpacak kat atas kepala." Soalku.

         "Kenapa? Kak Em rasa silau sangat ke? Kejap eh."

         "Eh—"

         Belum sempat aku berkata apa, cahaya di dalam bilik sepertinya berkurang. Aku mendongak ke siling dan menyedari tona warna kubah sedikit gelap berbanding tadi.

          "Lighting pun boleh control juga. Glass tint tu boleh ubah." Ujar Hanis sambil meletakkan alat kawalan jauh ke atas meja.

          "O-oh."

          Seronoknya hidup bila kaya. Tak ada apa-apa yang mustahil.

          "Boleh tak hari ni kita start dengan grammar dulu?" Pintanya.

          Aku mengangguk.

+

Hanif mengunci mulutnya. Selalunya, bila merajuk, dia terus mengelak daripada bersemuka. Rasanya, perubahannya yang senyap secara tiba-tiba tiada kaitan denganku. Buktinya, dia langsung tidak mengelak dariku. Bahkan dengan sukarela ingin menghantarku pulang.

          Dia gaduh dengan kakak dia ke?

          "Kenapa awak tak balik je? Kenapa nak hantar saya sampai depan gate?"

           "Saja." Hanif memaksa senyumnya.

           Confirm. Mesti dia gaduh dengan kakak dia petang tadi.

           Tiba-tiba Hanif menghentikan langkahnya. Kereta dia letakkan berhampiran. Jalan pintas ke pagar utama ialah melalui taman. Kami pun berjalan kaki.

           "Kenapa?"

           Hanif merendahkan badannya. Soalanku terjawab apabila seekor anak kucing keluar dari dalam semak, menghampiri Hanif. Biskut cip coklat ditarik keluar dari dalam poket. Dipatah-patahkan menjadi serpihan kecil lalu diletakkan pada tapak tangannya.

          "Makanlah." Hanif memujuk anak kucing itu.

          Senyuman manisnya kembali apabila pemberian makanannya disambut. Sebelah tangannya naik mengusap kepala anak kucing berbulu putih itu. Senang hati.

          "Haih, baiknya hati Abang Anep kita ni!" Usikkku.

          Hanif meletakkan lebihan biskut ke atas pembungkusnya lalu dibiarkan di situ. Dia bangun semula dan menatapku dengan sepasang mata kuyu.

          "Saya bukan orang baik—but I try to be." Katanya kemudian menyambung langkah yang mati.

          Satu lagi teka-teki untuk aku selesaikan.

+

hai! long time no see. thanks for reading!

OxytocinWhere stories live. Discover now