16

18 3 0
                                    

"Haishh! Doktor Sul ni sibuklah!"

"Ya! Bagus tu Doktor Ji! Kau kenakan balik!"

Pukul 10 malam, Doyoung masih tidak balik sebaliknya dia masih menemani aku dirumah. Aku yang paksa dia jangan balik.

Doyoung pula meminta aku buka drama kesukaannya pada hari jumaat. Aku tak sangka dia ni pun kaki drama.

The world of married couple

Disebabkan drama ini, Doyoung tidak habis - habis mengeluarkan carutan.

Aku hanya diam kerana aku belum tengok episod sebelumnya. Doyoung kata aku patut tengok cerita ini dari awal episod dan faham kenapa dia selalu mencarut apabila menonton drama ini.

"Bilalah drama ni mahu habis. Aku dah tak tahan."

"Tapi janganlah habis awal sangat. Aku tak puas lagi."

Tengok tu, dia mengomel keseorangan.

"Haeun." Panggilnya sebaik sahaja drama tamat.

"Ya?"

"Tiada apa - apa." Doyoung terus mengambil selimut menutup badannya dan baring keatas sofa.

Aku ketawa kecil. Adakah disebabkan drama ini, dia jadi tidak betul sikit?

"Marilah tidur di bilik aku."

Doyoung terus bangun melihatku dengan mata tak berkelip.

"Bolehkah?"

...

"Kau tidur dulu, aku mahu maraton drama kau ni."

Doyoung mengangguk dan baring disebelahku.

Aku masih bersandar pada kepala katil. Laptop pula diatas peha memainkan drama The World Of Married Couple dari episod satu.

Aku memakai earfon tidak mahu ganggu Doyoung yang mahu tidur.

Tak lama itu, aku rasa earfon sebelah aku diacabut dan dapati Doyoung yang mencabutnya dan memakai disebelah telinganya.

"Kau tengok nanti kawan - kawan rapat dia semua rahsiakan suaminya curang." Doyoung menyandarkan badannya pada kepala katil disebelah aku sambil bersilang tangan.

Aku pantang orang yang spoiler ni.

Aku mengambil bantal dan menutup kepalanya.

"Pergi tidur diam - diam. Aku tak suka spoiler."

Doyoung tergelak kecil.

"Aku teman kau menonton sekali. Lagipun aku tidak boleh tidur". Doyoung meletakkan kepalanya diatas bahuku. Sebelah tangannya memeluk badan aku.

"Kesian Joonyoung, mesti dia depress." Aku mengeluh ketika babak anak Dr. Ji menjadi sedih.

Doyoung berdehem.

"Nanti Joonyoung mula memberontak-.. "

Aku memberikan pandangan maut pada Doyoung.

"Okay, aku diam."

Lama aku menonton drama dan tak lama itu Doyoung pun sudah tidur dan masih menyandarkan kepalanya dibahuku.

Habis tamat episod aku tonton, aku matikan laptop.

Tanganku menyentuh muka Doyoung. Jujur aku kata, aku rasa tidak pernah ada perasaan ini kepada sesiapa.

Adakah Doyoung orangnya ?

Minat kami hampir sama. Jadi, aku agak tersuka dengan dirinya.

Sudah 3 bulan sejak kami bertemu di blindate haritu. Kami hanya berkawan sejak pertemuan itu tapi semakin lama aku selesa berkawan dengan dia dan tadi, aku setuju untuk meneruskan hubungan aku dengan Doyoung lebih dari seorang kawan.

Memang betul. Kami semamangnya pasangan serasi sama dengan pasangan lain - lain.

Apa yang aku mahu bagitahu hubungan kami kepada orang lain?

Patutkah aku rahsiakan dulu?

Blind DateOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz