17

15 3 1
                                    

Hampir setahun kami bersama tetapi kami masih bertemu janji dalam diam. Kawan - kawan aku tidak mengesyaki apa - apa dan mereka selalu bising bahawa kehidupan aku ni bosan kerana masih single.

Hakikatnya, memang aku masih berhubungan dengan Doyoung.

Aku sendiri pun tidak pasti kenapa aku boleh tersangkut pada lelaki ini disebabkan temu janji bodoh itu.

Tengoklah sekarang, aku betul - betul suka kat dia.

Aku baru merasai suasana percintaan jadi, Doyoung faham kenapa aku agak lembap dan Doyoung memberitahu yang dirinya juga sama.

Katanya juga persamaan kami adalah 'nerd' atau ulat buku.

Betul apa yang dia kata.

"Kenapa pandang aku?"

Aku tersentak dan kembali ke dunia realiti.

Doyoung melihat aku pelik. Mungkin pelik kerana aku termenung jauh sambil memandang mukanya yang kacak itu.

"Kita bercinta ke?"

Doyoung mengjongketkan keningnya.

"Ya, kita masih bercinta." Doyoung mengangguk.

"Sudah nak masuk setahun?"

"Iya, betul!" Doyoung tersenyum lebar.

Senyuman tu. Aku suka senyuman tu.

Aku mendekatkan diri aku pada Doyoung.

"Aku suka pipi kau." Aku menarik kedua pipinya dengan kuat sehingga bibirnya melebar.

Doyoung tergelak kecil.

"Kau dah banyak kali kata kau suka pipi aku. Ambillah pipi aku ni!" Jari runcingnya terus menggeletek badan aku.

Nampaknya Doyoung sudah mula menggunakan kelemahan aku.

Aku cuba mengelak tapi gagal. Aku sudah dikepung oleh Doyoung.

Aku penat gelak kerana digeletek oleh Doyoung.

Aku terus menarik nafas apabila Doyoung melepaskan badan aku.

"Doyoung." Panggilku selepas menstabilkan nafas aku.

"Ya?" Sahutnya.


"Kau ada terfikir nak menjauhkan lagi hubungan kita? Ke tahap seterusnya?"

Blind DateWhere stories live. Discover now