18

10 1 0
                                    

          Sekali lagi aku disini. Di tempat yang sama aku bertemu dengan Doyoung buat kali pertama. Iya, tempat temu janji buta yang bodoh tu.

"Baiklah, sekarang aku kumpulkan kesemua pasangan untuk minum harini!" Taeyong mengangkat gelas beer.

Aku hanya mengangkat gelas beer dan meneguknya sikit. Aku memiliki high tolerance apabila minum minuman yang alkohol jadi aku tak boleh minum banyak.

Aku hanya melihat mereka semua yang seronok berbual sambil minum.

Keadaan meriah membuatkan aku tak selesa. Aku lagi suka duduk dengan Doyoung di rumah.

Tiba - tiba aku terasa kaki aku disepak dari bawah meja.

Aku mendongak melihat Doyoung.

"Kau bosan kan?" Bisiknya. Dia sentiasa tahu perasaan aku.

Aku mengangguk.

"Nak keluar sekejap?" Dia bertanya.

Aku mengangguk kerana aku memang nak keluar.


Doyoung meminta dari mereka semua untuk menghirup udara luar sekejap dan mereka membenarkan tak lupa juga kawan aku yang mula mengusik aku.

Aku sering kali diejek kerana akhirnya aku bukan lagi single sedangkan dulu aku bercakap besar yang aku jadi single selama - lamanya.

"Apa kita nak buat kat luar ni?" Tanyaku sambil melihat sekitar orang yang lalu lalang diluar ini.

"Aku tengok kau dan kau tengok aku sambil menghirup udara segar." Doyoung tergelak kecil.

"Tadi aku lihat kau tak selesa jadi, aku bawa kau keluar. Kau mesti nak balik kan?" Sambungnya lagi. Kan aku dah kata. Dia memang boleh baca fikiran aku.

"Betul. Aku nak berduaan dengan kau je." Aku mengeluh dan memeluk tangan Doyoung.

"Aku tak boleh biarkan kau tak selesa." Dia tersenyum lebar dan melihat aku.

"Adakah sepanjang kita di dalam tadi kau hanya pandang aku?"

"Iya, betul. Kau nampak lain hari ini. Maksud aku, kau nampak cantik sangat hari ini." Doyoung berdehem.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Blind DateWhere stories live. Discover now