3

27 3 0
                                    

       Selepas sesi perkenalan, aku dan pelajar perempuan yang lain meletakkan barang kami di atas meja tanpa pengetahuan pelajar lelaki.

"Okay, kamu semua boleh buka mata." Ujar Euncha mewakili daripada pihak pelajar perempuan.

Pelajar lelaki membuka mata dan mula memilih barang milik pelajar perempuan mengikut giliran.

Kebanyakkan dari mereka menunjukkan reaksi suka. Mungkin apa yang mereka pilih itu adalah betul. Kesemuanya sudah memilih pasangan mereka.

Mujur tiada sesiapa mengambil earfon.

Tiba di seorang lelaki yang berada di hadapan aku, tangannya mula mencapai earfon.

Aku meneguk air liur aku. Earfon itu adalah milik aku!

"Milik siapa?" Earfon ditunjukkan kearah kami semua.

Dah terlambat untuk aku bantah. Dia telah pun ambil.

Aku mengangkat tangan dengan muka rela.

Lepas habis sesi temujanji yang buta ni, aku nak balik!

Blind DateWhere stories live. Discover now