"Oh my God!" Suara nyaring perempuan.
"Leila! What are you doing?" Suara annoying lelaki.
Gabungan suara kedua-duanya buat kerja-kerja 'melukis' dia terhenti. Dengan muka tak bersalah dia berpaling menghadap sepasang manusia yang sedang bediri dengan mata membulat memandangnya. Dia dah beri amaran, tapi lelaki itu yang tak ambil peduli. Mungkin lelaki itu ingat dia main-main. Tapi ini Leila lah! Tak ada istilah 'main-main' dalam kamus hidup dia kalau dia tengah marah. Jadi, nak salahkan dia ke bila dia ambil tindakan macam ini?
"Perempuan psiko!" Jerit wanita di sebelah lelaki itu.
Leila jegil mata. Ewah! Sesedap rasa nak panggil dia psiko! Habis kau tu kacau tunang orang, tak perangai macam psiko juga? Orang normal tak buat kerja gitu kot! Dia pandang atas ke bawah wanita berambut panjang itu. Cantik! Padanlah lelaki itu terpikat.
"Sayang, you report aje polis. Kita dakwa perempuan ni. Suka-suka hati nak jahanamkan harta orang. Gila!"
Lagi sekali Leila jegil mata ke arah wanita itu. Tadi psiko, ini gila pulak? Ini dah melebih! Ada juga yang aku spray paint mukanya nanti!
"Apa yang you buat ni Leila?" soal lelaki itu, lemah. Berkali-kali lelaki itu meraup wajahnya yang nampak kusut. Kalau dulu, bolehlah Leila nak kesian. Tapi sekarang? Oh, hell no! Selepas apa yang lelaki itu dah buat, ingat senang-senang dia nak ada rasa simpati?
Ingatan Leila kembali kepada kejadian yang membawa kepada tindakan gilanya hari ini...
"I'm sorry, Lei. Tapi percayalah, you tak ada salah apa-apa, tak ada kurang apa-apa..."
Leila tetap berdiam seperti tadi. Jujurnya, dia dah tak dengar apa dah yang keluar daripada mulut Eizlan selepas ayat "I nak putuskan pertunangan kita" yang diucapkan Eizlan tadi.
Dia memang dah syak, tujuan Eizlan nak jumpa dia hari ini ada sangkut paut dengan pertunangan mereka. Bukan dia tak tahu tentang Eizlan menjalin hubungan dengan perempuan lain di belakangnya. Dia tunggu masa sahaja nak berdepan dengan Eizlan.
Kecewa? Sikitttt lah. Hati dia pun bukanlah 100% suka dengan pertunangan mereka. Lebih kepada tak nak hampakan orang tua sahaja. Selama ini, mama dan babah biarkan dia bebas buat apa sahaja sendiri. Sikitpun mereka tak campur tangan. Dan dia akui, berkali-kali juga tindakan yang dia ambil itu mengecawakan mama dan babah tapi sikitpun mereka tak marah. Sebab itulah bila mama dan babah nyatakan hasrat nak jodohkan dia dengan Eizlan, dia ikut sahaja. Buat pertama kalinya dalam hidup, dia ikut cakap mama dan babah dalam menentukan hidupnya. Kiranya, macam nak tebus semula kesalahan yang dia buat selama ini. Lagipun Eizlan bukan orang lain. Anak kepada kawan baik babah juga.
Jadinya, bila Eizlan minta putus, dia cuma rasa kecewa sikitttt aje. Yang selebihnya, dia rasa marah. Kalau ada alat untuk ukur suhu kemarahan, rasanya takat marah yang sedang dia rasakan sekarang ini dah melepasi paras maksimum kot! Tak tersukat! Mananya tak marah. Lagi sebulan nak langsung, baru tiba-tiba Eizlan rasa tak mampu nak teruskan hubungan ini. Punyalah lama mereka bertunang, tinggal lagi sebulan baru lelaki ni nak buat hal? Segala persedian dah buat. Tinggal perkara yang kecil-kecil sahaja. Macam mana dia tak marah. Penat kot ke hulu ke hilir uruskan majlis, sekali bakal pengantin lelaki nak tarik diri. Memang mengundang kemarahan dialah jawabnya.
Leila pandang wajah lelaki yang nampak muram di depannya. Lelaki yang menjadi punca darah dia mencanak naik ketika ini. Pelik! Dia yang sedang kecewa (sikitttt), yang sedang marah, tapi dah kenapa lelaki ini pula yang bermuram durja? Acah-acah nak minta kasihan ke apa? Oh, tolonglah! Nak minta dia kesian? Simpati? Memang taklah! Yang sedang tercarik hati saat ini, dia! Leila Ashikin Malik. Bukannya Ahmad Eizlan Ahmad Shah!
YOU ARE READING
Bittersweet
RomanceLeila Ashikin. Ahmad Gibran. Pertemuan antara mereka terjadi dalam keadaan yang 'pahit'. Namun... ada sesuatu yang berlaku yang menjadikan kepahitan itu kepada sebuah kemanisan.
