Special Chapter I

17K 493 50
                                    

JARI runcing Julian menari-nari dipipi gebu Medina yang sedang lena diulit mimpi. Hari ini, hari pertama umat Islam mula menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Medina dan triplets terlalu teruja semalam sehingga lewat tidur malam dan sekarang lewat bangun sahur. Nasib baiklah Julian tersedar pukul 5 pagi.

Dia meniup telinga Medina bagi menganggu lena Medina. Jangan salah faham! Dia dah gosok gigi. Medina merengek sedikit. Dia mencelikkan mata memandang tepat kemuka Julian.

"Bangun, sayang. Sahur..." kejut Julian. Sejurus itu, Medina bangun dari baringnya secara mengejut. Hampir tergolek Julian kelantai dibuatnya.

"Pukul berapa?"

"5 pagi."

"5 pagi?! Kena kejut anak-anak ni," kata Medina dengan nada yang tergesa-gesa. Belum sempat kakinya hendak mendarat diatas lantai, pinggangnya terlebih dahulu dipaut Julian.

"Sayang... Subuh pukul 5:50 pagi. Awak jangan gelabah sangat lah. Nanti anak-anak pun gelabah. Sudahlah tahun ni tahun pertama diorang ikut kita puasa," ujar Julian tenang. Medina terangguk. "Awak pergilah basuh muka dulu. Biar saya yang kejut anak-anak."

"Okay. Terus bawa diorang ke ruang makan tau." Sempat Medina memesan kepada Julian. Julian mengangguk seraya menghadiahkan flying kiss kearah Medina. Medina tersipu malu.

Haih, dah ada anak tiga dah pun penyakit malunya tak menghilang.

Julian menuju kebilik anak-anaknya disebelah. Pintu yang tidak ditutup rapat ditolaknya perlahan. Dapat dia lihat triplets sedang nyenyak tidur melalui samar-samar cahaya dari luar bilik. Dia menuju kearah kembarnya yang sulung.

"Muhammad Tashfeen Jauzan, bangun..." Itulah cara Julian membangunkan ketiga-tiga anaknya. Baik ke tadika mahupun pada hari biasa. Pipi dan telinga Tashfeen disentuh perlahan sehinggalah anak kecil berusia lima tahun itu mencelikkan mata. "Bangun sayang. Sahur," kejut Julian lagi.

Kembarnya yang kedua didekatinya pula.

"Muhammad Tashmeer Jauzan, bangun sahur jom." Diulangi cara yang sama dibuat kepada Tashfeen. Seterusnya, katil kembar yang ketiga iaitu yang paling bongsu pula didekati.

"Muhammad Tashmeen Jauzan..."

Setelah ketiga-tiga kembarnya sudah bangun, dia memimpin tangan-tangan kecil itu ke ruangan makan. Tersenyum Julian apabila lihat wajah mengantuk kembar tiga itu. Mata tak boleh buka dan mereka asyiklah menguap.

"Awalnya sahur, daddy..." Tashfeen menegur sambil mengonyoh sebelah matanya. Tashmeer dan Tashmeen mengangguk, mengiyakan kata-kata abang mereka.

"Mestilah awal. Sahur kena sebelum Subuh sebab lepas Subuh kita dah tak boleh makan lagi," balas Julian. Rambut Tashfeen diusap.

"Tapi, Meer mengantuk!"

"Ash pun."

"Meen pun mengantuk juga!"

Julian tersengih. Otaknya ligat berfikir apa yang patur dibuat untuk menghilangkan kantuk anak-anaknya. Seketika kemudian, Medina muncul.

"Hai... Sorry mummy lambat. Bie, dah basuhkan muka diorang?" Medina menyoal kepada Julian.

"Ha! Itulah yang bie fikir tadi. Aduh, macam manalah boleh lupa, haha. Ash, Meer, Meen, mari ikut daddy basuh muka." Medina menggeleng melihat teletah suaminya. Triplets hanya akur mengekori langkah ayahnya kebilik air.

"Ah, daddy! Basahlah baju Ash!"

"Ash! Janganlah main air! Meer malas nak tukar baju lagi lah!" Tashfeen dan Tashmeer bermain simbah air manakala Tashmeen tergaru kepala diluar bilik air.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now