Bab 17

9.2K 452 7
                                    

SEBULAN berlalu sejak Louis berangkat ke Scotland

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBULAN berlalu sejak Louis berangkat ke Scotland. Dia pun sudah memulakan kelas seperti biasa disana manakala Medina baru hendak ke mula kelas harini kerana dia daftar lewat daripada pelajar lain.

Pemakaian dia ke universiti harini biasa-biasa sahaja. Baju t-shirt berwarna putih dengan cardigan jeans disarung ketubuh. Seluar jeans-nya pula berwarna biru gelap sama seperti cardigan jeans-nya. Rambut dibiarkan lepas ke bahu.

Tiba sahaja diuniversiti setelah dihantar oleh Eira, dia terus mencari tempat pendaftaran kemasukan. Setelah itu, dia perlu mencari kelasnya pula. Bidang yang diambil adalah bidang perubatan bahagian rawatan kanak-kanak.

"Mana pula ni?" omel Medina seorang diri di peta setiap pelosok universiti itu. Jari runcingnya menari-nari di kertas besar itu. Jam ditangan dikerling. Lagi beberapa minit sahaja kelasnya akan bermula.

"Cari apa?" Suara garau yang tiba-tiba menegurnya itu membuatkan bahunya terhinjut sedikit. Lelaki yang sedang tersengih disebelahnya dipandang sekilas. Air liur ditelan. Nak tanya ke tak? "Cari apa, cik?" Soalan itu diulang semula. Medina tiada pilihan selain menjawab.

"Err... Saya sedang cari dewan nombor 230. Tapi tak jumpa. Kalau saya pandai-pandai pergi kang, takut sesat pula. Kelas saya nak mula dah ni," beritahu Medina kepada lelaki itu. Lelaki itu sekali lagi tersenyum.

"Nampaknya kita sama kelas."

"Oh, yeke? Baguslah kalau macam tu. Jom pergi sekali?" Medina mengajak dengan teruja. Lelaki itu hanya mengangguk dan mula membuka langkah. Medina hanya mengekor dari belakang.

"Nama aku Qayyum. Kau boleh panggil aku Que," beritahu lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Que. Medina mengangguk kekok.

"Que? Nama sedap-sedap panggil Que je?" Medina tergelak kecil. Que juga tergelak kecil namun tak lama selepas itu, keadaan kembali sunyi. "By the way, aku Medina."

"Medina. Aku panggil Med lah macam tu."

"Med? Tak pernah lagi orang panggil aku Med. Semua orang selalunya panggil aku Dina je."

"Jadi, biarlah aku jadi yang pertama panggil kau Med. Yelah, kita dah masuk universiti. Bukan lagi sekolah menengah. Kenalah moden sikit. Macam aku, nama aku Qayyum. Tapi orang panggil Que."

Medina mengangguk lagi. "Suka hati kaulah."

"Med..." Que memanggil Medina.

"Ya?"

"Boleh kita jadi kawan?" Tangannya dihulur kepada Medina. Teragak-agak Medina nak menyambut huluran itu.

"Kawan je kan?" soal Medina gagap.

"Duh! Aku dah ada girlfriend dah pun. Relakslah."

Medina hela nafas lega. Suasana jadi diam kembali sehinggalah mereka tiba dikelas mereka. Masuk sahaja di dalam dewan, mata pelajar lain terarah kepada Medina dan Que.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now