Bab 29

12.7K 534 73
                                    

DUA BULAN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA BULAN KEMUDIAN...

Jam loceng yang berdering nyaring itu menyedarkan dia dari tidur. Terpisat-pisat dia meraba jam loceng comel yang berada di meja lampu. Setelah jam itu sudah kembali diam, dia menghempas badannya semula di bantal empuknya.

Rambut pendek paras bawah telinga yang lurus itu diusap-usapnya. Mukanya juga diurut-urut mengizinkan darah itu berjalan supaya pipinya kekal merah tanpa sebarang blusher.

Dia menukar posisinya kepada duduk. Dia menguap kecil sebelum turun dari katil. Dia menilik dirinya dihadapan cermin yang sudah terlekat di pintu almari itu. Telefonnya dicapai sebelum dia memasangkan lagu Intentions dari Justin Bieber.

Dirinya sudah semakin ramping dari dulu. Banyak sudah perubahan akan dirinya. Rambut panjang paras bahu sudah dipotong sehingga paras bawah telinga. Kulitnya juga nampak bebas dari sebarang jerawat. Dia tersenyum kecil melihat perubahan itu.

Langkah dibawa ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Hari ini, dia sudah boleh ke kuliah seperti biasa setelah diberi cuti selama sebulan. Dia menyanyi kecil didalam bilik air itu sambil menggosok gigi.

Usai membersihkan diri, dia mencari baju pilihan dari dalam almari. Dengan hanya berpakaian bathrobe, dia menari-nari didalam ruangan bilik itu. Mulutnya pula terkumat-kamit mengikuti Justin Bieber menyanyi.

"Kakak! Can't you slow down the volume, please. It's too loud!" Jeritan garau dari luar biliknya membuatkan dia mencebik. Volume lagu Justin Bieber itu diperlahan.

Setelah menyarungkan pakaiannya pada hari ini. Tiba masa untuk dia mendandan rambut dan wajahnya pula. Rambut berwarna sedikit coklat itu disikat lembut.

Botol bedak Baby Johnson diambil lalu dituang sedikit ditangan. Berus muka diambil lalu diratakan bedak itu dengan berus muka itu. Kening dilakar dan bulu mata diletakkan mascara. Bibirnya pula hanya diselet pelembap.

Setelah yakin yang dirinya sudah selesai, beg galas yang sudah tersedia dibelakang pintu digalasnya. Dia keluar dari bilik itu setelah mematikan lagu dan membawa telefonnya bersama.

"Assalamualaikum, umi!" Medina terus menerpa kearah Eira sebaik sahaja dia menapak ke dapur. Hanif yang sedang membaca surat khabar itu juga ditegurnya mesra.

"Waalaikumusalam. Macam mana? Okay?" Terangkat kedua kening Medina apabila Eira menyoal soalan itu. Dia kemudian bercekak pinggang.

"Umi tak nampak ke apa perubahan pada Dina? Dina sekarang dah lebih positif. Umi bau tak wangian yang Dina pakai. Bau lavender kan? Positif tak?" balas Medina dengan senyuman yang melebar. Eira dan Hanif berkongsi pandangan sebelum kedua mereka tersenyum melihat gelagat Medina yang banyak berubah.

Sebulan yang lalu, selepas sahaja sedad dari koma. Medina lebih kerap mendiamkan diri dan termenung seorang diri. Dia asyik terperap dalam bilik. Emosinya pula kadang-kadang tak menentu. Sekejap menangis, sekejap gembira. Lagi-lagi pada majlis pernikahan Louis dan Fatin. Mereka sekeluarga hampir tidak kenal akan diri Medina.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now