Dia mengenyit mata kearah Julian yang memandangnya sebelum dia mulakan lakonan terbaiknya. Tak sia-sia dia sertai kelab dan pertandingan teater masa sekolah menengah dahulu. Menang pelakon terbaik tau.

"Louis? Louis. Kau berangan apa?"

Layaran imbas semula peristiwa itu terhenti apabila Medina menepuk-nepuk bahunya. Terkebil-kebil Louis memandang wajah tembam dan putih Medina.

"Ha? Kau cakap apa?" soal Louis.

"Aku tak cakap apa-apa. Tapi aku pelik tengok kau termenung jauh sangat. Aku petik-petik jari pun tak jalan. Kau berangan apa?"

"Takda apalah. Eh, jomlah masuk. Umi ajak makan sebenarnya. Umi buat kuih puteri mandi, katanya kau mengidam." Wajah Medina sudah berubah gembira. Dia memaut bahu Louis untuk berdiri lalu dia melangkah laju masuk kedalam rumah.

"Oi, baik-baik, Dina! Ish tak sedar diri tu mak buyung, nak juga jalan laju-laju. Dahlah perut tu besar gedabak. Ish, Dina ni buat Fatin risau jelah." Fatin yang nampak Medina meluru masuk kedalam rumah, segera menerpa kearah Medina. Dia memimpin Medina kemeja makan sambil membebel. Pasang telinga jelah kau, Dina!








HARI ini merupakan hari doktor akan buka alat pernafasan dari Julian. Kesemua ahli keluarga Hanif berada didalam wad peribadi itu membacakan Surah Yassin. Medina tidak habis mengalirkan air mata. Dia hanya ditenangkan oleh Iris dan Fatin.

"Sadakallahualadzim..." Surah Yassin telah dibaca sehingga habis. Medina memicit tangan Julian yang kaku. Tiada pun tanda-tanda untuk sedarkan diri daripada koma yang terlalu lama. Tangan pucat itu dicium Medina buat berkali-kali.

Kesemua ahli keluarga Hanif mula beransur keluar dari wad apabila para doktor yang bertugas sudah masuk dan sedia untuk menjalankan tugas mereka. Hanya Medina sahaja yang setia disebelah Julian. Dia mahu berada disisi Julian sehinggalah Julian menghembuskan nafas terakhirnya.

Itulah janjinya kepada Julian. Kepala Julian diusap Medina dengan penuh kasih sayang. Bibir Medina mendarat didahi Julian dan kedua pipi Julian. Dia membisikkan sesuatu ditelinga Julian sebelum dia dipimpin oleh Iris untuk mengundur, memberi ruang untuk doktor menjalankan tugas.

"Kalau bie dengar apa yang saya cakap ni, saya sentiasa cintakan Julian Haidar sampai akhir nafas saya. Saya takkan sesekali lupakan cinta hati saya. Saya doakan awak sentiasa tenang."

Iris juga turut mengalirkan air mata apabila mendengar esakan Medina saat doktor mula menekan-nekan punat dimesin saluran pernafasan yang disalurkan kepada Julian.

"Hhhhnnnhh..." Bunyi nafas ditarik menyentakkan doktor dan jururawat yang ada disitu. Keadaan jadi kelam-kabut seketika. Disuruhnya Medina dan Iris untuk keluar sementara mereka melakukan tugas. Dipanggil lagi beberapa doktor lain masuk kebilik Julian.

Medina dan ahli keluarganya yang lain sudah tidak senang duduk. Kehulur-hilir mereka diluar bilik itu. Setelah beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar dengan wajah yang berseri-seri.

"Alhamdulilah, Encik Julian sudah kembali sedar," kata doktor itu dengan senyuman yang melebarkan. Semua ahli keluarga sudah mengalirkan air mata gembira dan sujud syukur. Medina terus meluru masuk kedalam bilik itu semula. Lupa pula yang dia tu sedang bawa tiga orang anak dalam perut.

Melihat Julian sedang duduk dan dirawat oleh salah seorang jururawat lelaki membuatkan Medina menekup mulutnya tidak percaya. Apabila Julian menoleh kearah Medina, Medina terus menerpa kearah Julian. Dipeluk Julian seerat yang mungkin.

Jururawat yang melihat tersenyum. Dia segera membuka langkah keluar dari bilik itu. Hatinya berdesis cemburu melihat adegan romantik Julian dan Medina. Haih... bilalah aku nak kahwin!

"Eh, dah jadi mak buyung!" usik Julian seraya tergelak kecil. Perut besar Medina diusap Medina. "Anak daddy? Do you hear me?"

Dada Julian ditepuk Medina manja. Julian pandang isterinya pelik. Air mata yang berada di pipi Medina dikesat Julian dengan ibu jari.

"Sayang? Why ni?"

"Sampai hati awak tinggalkan saya lama! Penat saya menangis tiap-tiap malam!"

"Sayang... I'm here now. Dah, jangan nangis lagi. Bie minta maaf ya? Bie janji lepasni bie takkan sakitkan sayang lagi." Kepala Medina dibawa dekat kedada. Medina membalas pelukan Julian. Sungguh dia rindu akan lelaki ini.

"Saya rindu bie. Sangat-sangat."

"Bie pun rindu sayang. Sangat-sangat."

"Bie..."

"Ya?"

"Cuba teka anak kita ada berapa?"

"Huh? Anak kita twins ke?"

"Nope."

"Triplets?" Julian menyoal gementar.

Medina mengangguk seraya tersenyum. Julian menjerit suka.

"Yaho! Nanti boleh buat pasukan bola sepak."

"Banyaklah awak. Tak tahu jantinanya lagilah."

"Bie pasti tiga-tiga ni lelaki."

"Ya je awak."

"Ya, sayang. Ya Allah! Aku bahagia!"

Medina tersenyum bahagia. Inilah kisah cinta Medina Haura. Pelbagai halangan yang ditempuhinya untuk mencari cinta sejati. Daripada menaruh perasaan dan cintanya ditolak. Namun kini, cintanya diterima ikhlas oleh seorang lelaki yang tidak disangka menjadi hero iaitu Encik Julian Haidar.

Julian Haidar, cinta Medina Haura. Selama-lamanya.

- T A M A T -

Alhamdulillah. Akhirnya tamat juga Cinta Medina Haura dalam tempoh tak sampai dua bulan!

Mula ; 26 Mac 2020
Tamat ; 6 Mei 2020

Pertama sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada siapa sahaja yang menyokong saya sehinggalah hari ini. Pada mulanya, saya takda semangat untuk teruskan story ni dan berniat untuk unpublish. Namun dengan kemunculan korang yang membawa seribu satu keceriaan dan hiburan dalam hidup saya mengembalikan semangat saya untuk teruskan cerita ini. Dan alhamdulillah, hari ini adalah happy endingnya. Saya juga mohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis cerita ini, saya terkasar bahasa ataupun SAYA TAK BALAS KOMEN AWAK! Saya bukan tak balas tapi saya tak perasan 😭 banyak sangat noti huwaaa.

Terima kasih pada awak semua yang vote dan komen! Saya sayang awak semua! 😭❤ Tanpa awak, siapalah saya kan kan kan.

Baiklah, dengan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Cinta Medina Haura kini menutup tirainya... Terima kasih sangat-sangat.

P/S: Nak Special Chapter tak? Sempena bulan puasa dan hari raya nanti? Kalau nak, komen!














Cinta Hati Dia coming soon!
Kisah cinta Farhan Riyaz pula! ❤

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now