Chapter 33

998 71 8
                                    

"Baik lah Doctor Kim , saya ada baca sedikit sebanyak maklumat diri kamu . Dan saya sangat-sangat tertarik dengan kamu , kamu salah seorang doctor terbaik di California dan kamu seorang berpelajaran tinggi terutama nya dalam bidang perubatan . Sebab itulah saya meminta pihak atasan dari California untuk menukar awak kesini . Dihospital kami perlukan banyak Doctor pakar jadi faham-faham la ya ?"sengih Pengarah Ji

"Ya saya faham Puan , saya amat berbesar hati dapat berkerja disini . Lagipun saya sudah lama tak balik kesini , mungkin ini satu-satu nya cara untuk tuhan bawa saya balik kesini ? Siapa tahukan"Aku dan Pengarah Ji ketawa , entah la apa yang lawak . Kita gelak je hehe

"Boleh saya tengok dokumen pencapaian dan juga dokumen tentang maklumat diri kamu doctor kim ?" Soal Pengarah Ji

"Boleh Puan"Balas aku , fail dokumen aku berikan kepadanya

Dia mengambil fail dokumen yang mempunyai kandungan tentang maklumat diriku , dia sibuk baca sambil menyelak helaian demi helaian

"Rekod kesihatan kamu sangat baik dan kamu tiada alergi terhadap apa-apa makanan dan ubat-ubatan , rekod penglihatan serta pendengaran kamu juga baik . Kamu ada fobia tak Doctor Kim ?" soal nya

"Ah ada , Saya fobia pada kegelapan , petir dan air yang dalam . Tapi tak apa ia tak menganggu saya pun semasa berkerja , fobia saya tidak lah terlalu kuat"Kata ku dengan senyuman , dia mengangguk faham

"Ouh kamu sudah berkahwin ?"Soal nya tiba-tiba , aku mengelengkan kepala

"Tapi disini tertulis yang kamu ibu kepada 2orang anak"

"Saya ibu tunggal Puan , saya tak ada suami . Saya harap Puan faham lah"

"Ahh okay saya faham , maaf kalau soalan saya buatkan kamu terguris"Aku mengangguk menandakan tidak mengapa

"Melalui cara bercakap , berpakaian dan etika kamu semua nya sangat baik . Saya puji kamu dan orang seperti kamu lah yang kami tercari-cari selamat ini"Pengarah Ji senyum segaris

"Selamat datang ke Asan Medical Cender Doctor Kim , Harap kamu boleh biasakan diri disini . Gembira dapat berkerja sama dengan kamu"Tangan dihulurkan untuk berjabat

"Nae , Kamsahabnida Puan"

-

Aku berjalan menuju ke lif dan menunggu untuk tiba di tingkat paling bawah . Selepas itu , aku segera berjalan keluar . Aku asyik memikirkan apa yang sedang anak-anak aku buat sekarang ni , aku meninggalkan mereka dirumah Eunwoo . Sementara Eunwoo tiada Flight sekarang ni dia dengan senang hati menjadi babysitter untuk beberapa harini

Aku bukan tak percayakan Eunwoo cuma aku takut menyusahkan dia , Aurora sudah la mengada , banyak songeh pula tu . Hayden pula tak suka sangat bercakap . kalau tanya sepatah , sepatah jugalah dia jawab . Takut Eunwoo terasa hati je dengan kelakuan nya

Aku asyik mengelamun sendirian tiba-tiba ada seseorang melanggar tubuh ku sehinga aku jatuh terduduk diatas lantai . Perempuan itu terkejut dan memandang aku ku

Kaki ku berasa sangat lenguh dan kebas . Fail yang terjatuh diatas lantai aku pandang , mujurlah aku sudah simpan dengan elok agar dokumen-dokumen penting itu tidak berterabur

Tetapi perempuan itu hanya memandang ku dengan wajah yang kosong dan langsung tidak menolong aku untuk bangun . Harap muka je cantik tapi tiada adab , sekurang-kurang nya ucap la minta maaf ke apa

"Kau buta ke apa hah perempuan !"Marah nya

"Hey ! Awak yang langgar saya lah ! Siapa yang buta sekarang ni ?!"Tengking aku balik , amboi kau ingat kau siapa nak marah-marah aku ? Sudah la dia yang bersalah . Nak marah kita pula

[OG]Aku Bukan Pelacur : jjkजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें