Chapter 31

1.2K 101 31
                                    

Aku berjalan seorang diri balik ke apartment , langit yang tadi cerah kini bertukar gelap menandakan bahawa hujan akan turun sebentar lagi . Kalau ikutkan hati nak je aku lari sini sampai ke apartment tapi bila fikirkan tentang bahaya . Baik aku berjalan sahaja , kalau jatuh anak aku juga yang kena

Dengan kaki pendek seperti itik dan perut buncit ni aku berjalan laju , tak kisah la orang nak Pandang pelik atau apa . Masalah sekarang ni aku tak bawa payung

Sedang berjalan Kereta Mercedes hitam berhenti betul-betul ditepi aku membuatkan aku terkejut , tapi aku tidak hiraukan malah meneruskan perjalanan kaki aku untuk balik . Sampai lah kereta jtu secara perlahan-lahan mengikuti aku dari belakang sehingga membuatkan aku takut . Dengan berani aku menoleh ketepi memandang orang yang berada didalam kereta tersebut

Tanpa aku duga seorang lelaki berusia 40-an membuka cermin kereta belakang dan memanggil aku

"Kamu Kim Syasya bukan ?"Soal nya , dan aku mengangguk . Tiba-tiba terasa takut , yelah siapa dia ni ? Macam mana dia kenal aku ?

"Boleh masuk sekejap ? Saya nak berbincang sesuatu dengan kamu"

"Jangan risau saya ayah kepada Jungkook , saya baik dan tak berniat jahat"Sambung Tuan Jeon , teragak-agak aku mengangguk dan memasuki kereta tersebut . Mungkin sebab dia ayah Jungkook

"A—ada apa Tuan Jeon nak bincang dengan saya ? Pasal...jungkook ke ?"Soal Aku sopan dan menerima anggukkan dari Tuan Jeon . Aku meneguk air liur sebelum membuka mulut

"T—tuan Jeon saya minta maaf kalau disebabkan saya , hubungan diantara Jungkook dan menantu Tuan tidak bahagia . Saya tiada niat langsung nak rosakkan rumah tangga mereka , Saya sedia untuk undur diri asalkan Tuan tidak melakukan apa-apa yang boleh cederakan sa—siapa kata saya nak cederakan kamu ?"potong Tuan Jeon pelik kemudian dia ketawa , patutlah Jungkook suka sangat dengan budak ni . Dia sangat naif dan polos , boleh pula dia ingat cerita ni macam dalan drama

"T—tuan tak marah ?"Soal aku lagi bila ketawa nya sudah reda

"Buat apa saya nak marah ? Anak saya terlalu cintakan kamu , saya tiada masalah dengan itu . Lagipun saya tahu kalau kamu bersama , kamu akan meraih kebahagiaan"Sengih Tuan Jeon , dan alhamdulilah aku boleh melepaskan keluhan lega . Untung jungkook dapat bapa seperti ini , sejenis yang open minded and supportive

"Sudah berapa bulan ? Tinggal dekat mana sekarang ?"

"Hampir masuk 6bulan Tuan Jeon , ahh saya tinggal dekat apartment Jungkook . Dia yang bawa saya kesana , saya hanya ikutkan sahaja"jelas Syasya

"Tak payah panggil Tuan Jeon , panggil sahaja Appa . Lagipun kamu mengandungkan anak Jungkook , cucu saya juga"

"Begini lah Syasya , Appa akan pastikan yang Jungkook akan bertanggujawab ke atas kamu . Tak kisah lah kamu nak atau tidak , Jungkook mesti tanggung dengan apa yang dia dah buat"Syasya ternganga , sampai macam tu sekali Tuan Jeon ?

"Tuan kita sudah sampai"Kata Driver sambil hentikan dihadapan bangunan apartment Jungkook

-

Syasya memandang Jungkook dari tempat duduk , lelaki itu sedang menyarung kasut untuk keluar

'Keluar lagi malam macam ni ?'Soal Syasya dalam hati , jam dipandang sekilas . Sudah pukul 10 malam dan ia nya agak lewat

Walaupun dia tidak bercakap dan masih terasa hati , dia masih pedulikan lelaki itu . Makan minum Jungkook semua dia jaga seperti sedia kala

"Syasya , aku keluar dulu ya ? Ada kerja sikit , tidur lah jangan tunggu aku . Mungkin aku pulang lewat"Ujar Jungkook dimuka pintu , Syasya berdehem serta mengangguk tanpa menoleh kearah Jungkook

[OG]Aku Bukan Pelacur : jjkWhere stories live. Discover now