Chapter 18

2.3K 122 67
                                    

Pukul 5 pagi lagi Syasya bangun untuk bersiap ke sekolah dan juga siapkan sarapan , tidak mahu terlewat

Kalau ada makcik jung dan juga Violet unnie sudah pasti dia tak akan kalut macam ni , tapi ni mereka belum pulang . Terpaksa lah Syasya menyiap kan semua

"Selamat menjamu selera Puan dan Tuan , saya pergi sekolah dulu ya" Kata Syasya , dia mencapai kasut sekolah di rak . Belum sempat dia keluar jungkook sudah bersuara

"Tumpang aku je , lagipun jalan ke pejabat dan sekolah kau sehaluan"Jungkook bangun dari duduk nya , breakfast sikit sahaja dia makan . Nak hantar Syasya punya pasal , rela ikat perut di pagi hati

"Dia kan boleh pergi jalan kaki , yang awak baik hati sangat nak hantar dia kenapa ?" Tegur Yerin , dia memandang wajah jungkook tak puas hati . Dengan Orang gaji layan baik pula , dengan istri sendiri macam orang asing dia layan

"Dia orang gaji aku , suka hati aku nak buat apa pun . Kau jangan masuk campur" Kata jungkook meluat , dia membalas pandangan Yerin dengan jelingan

"Erk tak apa Tuan , saya boleh je jalan kaki—"

"Pergi tunggu dalam kereta . NOW" arah Jungkook , dengan wajah yang tegang , suara dingin serupa ais . Kecut perut Syasya dibuatnya

"B-baik Tuan" Syasya meninggalkan mereka berdua , takowd

"Boleh tak jangan cari pasal depan Syasya ? Gila sangat dah ke nak attention dari aku ?" Jungkook mendengus geram , serabut betul dengan Yerin

"Kenapa awak layan saya macam ni ? Kenapa awak layan orang gaji lebih daripada saya ? Siapa istri awak sekarang ni jeon jungkook ?!" Jerit Yerin , piring makan yang diatas meja dia tolak ke lantai sehingga pecah

Tercekik makanan Daehwi didapur akibat terkejut dengar pinggan pecah

"Siapa pun yang aku nak layan tak ada kena mengena dengan kau ! Ingat sikit yang hati aku bukan milik kau ! Hati aku milik orang lain ! Nak sangat kahwin dengan aku kan ?! Terima lah padahnya !" Kata jungkook , dia meninggalkan Yerin

Dasar perempuan gila

-

"Awak bergaduh dengan Yerin ?"

"Tak ada lah" Bohong Jungkook , wajah Syasya dia langsung tak pandang

"Jangan tipu saya jungkook , dari luar lagi saya dengar suara awak dengan Yerin bertengkar . Kenapa ?" Desak Syasya , Tangan jungkook dia pegang . Tahu lelaki ini tertekan

"Entah la , aku pun tak tahu" Syasya mengeluh dengan jawapan Jungkook , lelaki ini suka benar berahsia

"Okay fine saya tak kisah awak nak bagitahu ke tak . Tapi please janji dengan saya , jangan sesekali naik tangan pada Yerin" Ujar Syasya , dia tak mahu Jungkook jadi kaki pukul . Tengok dengan cara mereka bergaduh tadi pun dia dah tahu

"Janji ya ? Saya taknak awak jadi lelaki dayus . Sebelum ni saya dah pernah kena dera dengan appa , jadi saya tahu macam mana perasaan tu . Awak gaduh la macam mana sekali pun but tolong jangan pernah naikkan tangan arra ?"

"Arra" Balas Jungkook sepatah , Syasya tersenyum

"Dah sampai , belajar elok-elok . Nanti balik aku jemput . Bye sayang" Dahi Syasya dicium Jungkook , Syasya mengangguk sebelum keluar lagi kereta mewah itu

Perkara pertama yang harus dia lakukan adalah cari pejabat , sekolah ni sudah la besar . Mahu sesat dia kalau tak minta bantuan dari pelajar lain

Tapi muka pelajar dekat sini nampak sombong je , rasa takut pula nak tegur . Terpaksa lah dia cari sendiri pejabat

[OG]Aku Bukan Pelacur : jjkWhere stories live. Discover now