Jantung Haziq sudah berdegup laju bagaikan mahu pecah. Menunggu sesuatu sangat lah memeritkan.

“It sokay, kalau awak tak terima saya.. saya akan tetap tunggu awak walau seribu tahun akan datang..”, balas Haziq dengan suara yang perlahan sambil tersenyum nipis.

Melati menghembuskan nafasnya dengan keluhan nipis. Kepalanya diangkat lalu melihat wajah di hadapannya ini. Haziq kelihatan gementar untuk menerima jawapan daripadanya.

“Kalau kumbang di depan saya ini belum berpunya, sama juga dengan si bunga di sini.. Kumbang di sana telah berjaya hinggap dan membuka hati si bunga ini. Kalau si kumbang hensem di depan ini bersetuju, jadi kita proceed ke fasa yang seterusnya?”, kata Melati dengan senyuman yang terukir manis di bibir.

Haziq terkedu. Otaknya tidak dapat memproses apa yang dikatakan oleh Melati saat ini. Bagaikan internet yang tiada line, loading dengan teruk!

Buat beberapa minit, baru dia tersedar dengan jawapan yang diberikan oleh Melati. Senyuman di bibir perlahan-lahan mula terukir.

“Ma.. maksudnya, awak terima saya?”,tanya Haziq dengan suara yang agak kuat sehingga menarik perhatian pelanggan lain.

Melati tersenyum dan mengangguk. “Saya terima awak kerana Allah. Sesungguhnya Allah lah yang hadirkan rasa ini.”

“Yeay! Dah nak kahwin!”, jerit Haziq dengan tiba-tiba.

Pelanggan lain yang sedari tadi melirik ke arah mereka berdua terus menepuk tangan. Teruja dan menumpang gembira dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Melati pula sudah mengetap bibirnya dan menundukkan wajahnya. Malu!

               Persiapan di rumahnya sudah selesai dan hantaran kahwin sudah tersusun elok di tepi pelamin. Melati memandang wajahnya di cermin. Tidak menyangka, hari ini dia akan menamatkan zaman bujangnya. Lebih-lebih lagi dengan orang yang langsung tidak dia duga untuk hadir ke dalam hidupnya. Semuanya percaturan yang dibuat oleh Allah. Semuanya pasti ada hikmah.

Dia ada membuat solat istikharah seperti yang diberitahu oleh Haziq selama tiga malam berturut-turut. Namun, dia masih ragu-ragu dengan petunjuk yang diterimanya dan dia terus meminta petunjuk sehinggalah dia yakin.. Orang yang hadir di dalam mimpinya sejak dia membuat solat istikharah itu adalah Haziq.

“Amboi.. cantiknya anak mak.”

Melati melihat Che Yah yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya, melalui cermin. Dia menarik senyuman.

“Mak..”

“Sekejap lagi Melati akan bergelar seorang isteri kepada Haziq. Selepas ini, apa yang kamu buat akan ditanggung oleh Haziq. Mak harap kamu menjadi isteri yang solehah dan sentiasa menyenangkan suami kamu.”, Che Yah memegang tangan gadis di hadapannya ini sambil tersenyum.

“Terima kasih mak, sebab sudi anggap Melati macam anak mak sendiri.”, air mata sudah bergenang di tubir matanya.

“Haip, jangan nangis. Penat je akak make up awak kalau awak menangis.”, sampuk Kak Anies yang baru masuk ke dalam bilik sambil mendukung bayinya, Akid.

“Terima kasih akak, sudi anggap saya sebagai adik akak.”

“Pengantin lelaki dah sampai!”, jerit Amin sambil berlari ke dalam bilik Melati.

Melati sudah berdebar apabila mendengar jeritan Amin. Tapak tangannya sudah berpeluh.

“Tenang.. semuanya akan berjalan dengan lancar.”,kata Che Yah lalu mengiringi Melati keluar dari bilik.

                 Tubuh Haziq yang berada di hadapan tok kadi dipandang dari belakang. Saudara mara Haziq juga sudah memenuhi ruang itu membuatkan dia lebih berdebar.

“Betul itu bakal orang rumah kamu?”, tanya tok kadi pada Haziq sambil menunjukkan ke arah Melati.

Haziq menoleh ke belakang dan melihat Melati sekilas. Gadis itu sungguh ayu dengan mengenakan baju pengantin yang berwarna putih dan make up yang nipis.

“Bukan Tok.”

Semua orang tersentak mendengar jawapan Haziq. Sudah ada yang berbisik sesama sendiri. Melati yang mendengar juga tersentak dengan jawapan lelaki itu.

“Dia bidadari saya.. yang akan saya sayang dan bahagiakan sampai bila-bila.”, sambung Haziq sambil tersenyum.

Ruang itu sudah riuh dengan usikan semua orang sebaik sahaja mendengar kata-kata Haziq. Ada yang tersenyum-senyum dan merakam peristiwa itu. Melati pula tersipu-sipu malu apabila ada yang mengusiknya.

“Cey.. sweet lah abang Haziq kiterr.”

“Berlemak.. manis..habis bersemut haa..”

Mereka kembali diam apabila Haziq dan tok kadi sudah berjabat tangan untuk akad nikah. Haziq yang tadinya tenang sudah berdebar.

“Aku terima nikahnya, Melati bin Mat Akram dengan mas kahwin 800 ringgit tunai.”

“sah!”

“sah!”

Dengan sekali lafaz, mereka berdua sudah menjadi suami isteri. Haziq mendekati isterinya yang baru dinikahi untuk menyarungkan cincin.

“Assalamualaikum.. bidadari ku..", kata Haziq perlahan.

Melati sudah tersipu-sipu malu apabila ruangan itu sekali lagi riuh apabila mendengar kata-kata Haziq.
Salam Haziq dijawab di dalam hati.

       
             Pintu bilik ditolak dari luar membuatkan Melati yang berada di meja solek berdebar. Rasa debaran ini semakin terasa apabila suaminya mendekati dia dan bau minyak wangi yang dipakai oleh suaminya menusuk kuat ke dalam rongga hidungnya.

“Bidadari ku..”, panggil Haziq sambil memegang bahu Melati.

Melati perlahan-lahan memusingkan tubuhnya menghadap Haziq. Wajah Haziq yang tersenyum manis itu dipandang lama.

“Ab.. abang..”

Haziq menarik isterinya lalu duduk di atas kerusi panjang yang terdapat di dalam bilik itu. Tangan isterinya dipegang dengan rasa penuh kasih sayang.

“Terima kasih.. sebab sudi terima abang dalam hidup sayang.. sudi terima abang untuk menjadi suami sayang.. sudi benarkan abang menjadi imam dalam hidup sayang..

Makin hari makin dalam perasaan cinta yang hadir ini untuk sayang. Lepas akad tadi, rasa cinta yang mengalir dalam hati abang ni semakin deras dan kuat. Abang tak dapat tipu diri sendiri yang abang betul-betul cintakan sayang dan tak boleh kehilangan sayang. Abang berjanji, abang akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk sayang.

Kalau sayang ada tak boleh terima cara abang, sayang beritahu.. biar abang boleh menjadi yang terbaik untuk sayang.”

Melati tersenyum lebar mendengar luahan hati suaminya yang panjang itu. Sungguh hatinya turut berasa terharu dengan rasa cinta yang dapat dia rasai.

“Terima kasih juga sebab sudi jadi pemimpin Melati yang banyak kekurangan ini untuk ke syurga.”, balas Melati sambil merenung ke dalam anak mata suaminya.

“I love you.”,ucap Haziq sambil merenung ke dalam anak mata Melati yang sedari tadi merenung ke dalam anak matanya.

“I love you too, abang.”

Cinta yang hadir
sungguh tidak diduga..
Bila cinta tersemat utuh
di jiwa..
Senyuman mula terukir..
.
.
Masjid didirikan
dengan satu impian dan
satu tujuan yang sama..
.
.
S Y U R G A
.
.
Semoga kerana cinta ini juga
menjadi salah satu asbab kami
berjaya ke JANNAH.




So, gais.. Special update dah tamat! Terima kasih kepada yang sudi baca dan saya harap kamu semua berpuas hati walaupun banyak kekurangannya.

Dan, hari ini..

5 Mei 2020.. genap sebulan cerita
P S I K O diterbitkan!

P/s ; BIDADARI ABANG ( KISAH MELATI DAN HAZIQ SELEPAS MEREKA BERKAHWIN)

P S I K O [ 1 ]Место, где живут истории. Откройте их для себя