Bab 3

7.5K 430 95
                                    

     Hari ini hari minggu. Jam sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi tetapi Melati masih bermalas-malasan di atas katil. Bantal peluk disisinya diambil lalu dirangkul erat.

Melati mencapai telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Seperti kebiasaan, tangannya membuka aplikasi whatsapp , dia membuka ruang mesej tunangnya.

Last seen on 03:45 a.m.

Apalah yang dibuat Hafizul agaknya sampai sudah lewat malam masih online. Dia menutup aplikasi whatsapp dan membuka camera. Apa lagi yang nak dibuat kalau bukan selfie. Perempuan dengan kamera langsung tak dapat dipisahkan, begitu juga dengan cermin. Di mana ada cermin, disitu ada perempuan.

‘ klik.. klik..’

Dia membuka galeri lalu melihat gambar-gambar yang ditangkapnya tadi. Melihat gambar pertama, wajahnya berkerut. Dialih ke gambar kedua, mulutnya mendengus geram. Beralih kepada gambar yang ketiga, dia mencebik. Sampai pada gambar yang ke dua terakhir, dia tersenyum.

“ Haa.. comel pun yang ni.”, dia menge-zoom wajahnya dan melihat jika ada cacat cela.

Dari galeri, dia beralih pula kepada aplikasi instagram. Dia memuat naik gambarnya tadi ke dalam newsfeed instagramnya.

Good morning World!

Begitulah bunyi caption yang dimuat berserta gambarnya tadi. Noob betul captionnya.

Selepas itu, dia menutup aplikasi instagram dan meletakkan telefon di atas katil. Dia bangkit dari katil lalu mencapai tuala yang disangkut pada belakang pintu biliknya lalu menuju ke bilik air.

Selesai mandi, dia menyarung pakaian dan mengeringkan rambutnya dengan hair dryer. Setelah   rambutnya kering, dia mengikat rambutnya dengan gaya messy bun.

Dia keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk tetapi tiada bahan yang boleh dimasak.

“Petang nanti kena keluar pergi pasaraya lah pulak.”, kata Melati pada dirinya.

Dia duduk di kitchen island lalu membuka penutup tin biskut lalu memakannya bersama air teh walaupun dia kurang menggemari biskut.

Sedang dia mengunyah biskut, ada sesuatu yang bergesel lembut di kakinya.

meow..’

Melati mengambil kucingnya yang berbulu coklat itu lalu diletakkan di atas ribanya.

“Anak mommy.. gemuknya dia..”, kata Melati sambil menggosok kepala kucingnya.

‘meow..’

Melati teringatkan sesuatu. Dia tersengih sendiri.

“Anak mommy nak makan ya? Sekejap ya..”

Melati meletakkan kembali kucingnya di atas lantai lalu menuju ke kabinet dapur dan mengeluarkan plastik yang  mengandungi makanan kucing. Whiskas.

Tangannya mencapai pula mangkuk kecil berwarna merah yang sedia ada di tepi peti sejuk. Dia menuangkan makanan kucingnya lalu memanggil kucingnya untuk memakan makanan itu.

“meow.. Mocha anak mommy .. Meh makan..”

Kucingnya seakan mengerti panggilan Melati segera berjalan menuju ke arah Melati.

        Seorang lelaki duduk di kerusi malas di ruang tamu rumahnya sambil tangannya mengscroll telefon Huawei Y9 Prime miliknya. Sesekali tangannya yang sebelah lagi mencapai secawan kopi lalu menyisipnya.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now